Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ikut peraturan; duduk di rumah jika sakit sedikit pun: Ong Ye Kung

Jan 28, 2022 | 11:20 PM



PATUHI peraturan dan jangan mengunjungi sesiapa kalau anda terasa kurang sihat - malah jika mempunyai sakit tekak pun atau diuji negatif Covid-19.



Menggesa warga Singapura agar mengamalkan langkah berhati-hati menjelang sambutan Tahun Baru Cina minggu depan, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, dalam dialog pada Jumaat (28 Januari) berkata: "Selagi anda tidak sihat - sama ada diuji negatif atau tidak - jangan keluar rumah."



Ini adalah kerana ujian pantas antigen (ART) boleh memberi hasil negatif yang palsu, tambahnya.



"Dan jika anda menguji diri anda lagi dan ia positif selepas anda mengunjungi orang lain, sudah terlalu lambat," katanya.



Encik Ong menambah orang ramai harus mengambil ART sebelum mengunjungi warga emas, golongan yang belum divaksin atau yang luluh imun serta mengulangi pesanan tentang jumlah individu bagi perhimpunan sosial terbatas pada lima orang.



"Jangan langgar undang-undang - anda boleh didenda," katanya lagi.



Dialog antara Encik Ong, pengarah eksekutif Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID), Profesor Leo Yee Sin, dan pakar penyakit berjangkit baru di Sekolah Perubatan Duke-NUS, Profesor Wang Linfa, adalah sebahagian daripada acara pelancaran buku dalam bahasa Cina mengenai perjuangan Singapura menentang koronavirus yang ditulis wartawan akhbar Lianhe Zaobao.



"Omicron kurang membawa kesan teruk daripada Delta, tetapi kita tidak boleh leka kerana varian ini mudah menjangkiti. Jika ramai orang dijangkiti, masih terdapat bilangan besar individu yang memerlukan rawatan di hospital," jelas Encik Ong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >