Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ikuti FB Live anjuran BH bincang isu kenaikan kos hidup

Nov 24, 2021 | 05:30 AM



HARGA minyak masak naik, harga bawang naik...bil elektrik pun meningkat?



Kenaikan harga ini tentu sekali dirasakan warga Singapura lebih-lebih lagi di tengah-tengah pandemik ini.



Sedang pendapatan terjejas ekoran wabak ini, kenaikan kos pula berlaku.



Apa sebenarnya yang berlaku yang menyebabkan kos-kos ini meningkat?



Ikutilah FB Live anjuran Berita Harian (BH) hari ini jam 8-9 malam.



Naib Presiden Eksekutif merangkap Ketua Kajian Forex Pasaran Global Maybank Group dan Anggota Parlimen (AP) GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat, akan memberikan pencerahan sebab kos-kos itu meningkat.



Beliau akan menjelaskan inflasi import yang menjejas tekanan harga di Singapura lebih-lebih lagi memandangkan ekonomi negara ini amat terbuka dan bergantung kepada produk luar.



Ikuti juga pengalaman penjaja gerai Nur Indah Kitchen di Bedok Corner dan Bedok South, Cik Roziah Adon yang mendapati perbelanjaannya semakin meningkat sejak kebelakangan ini.



Anda juga menghadapi cabaran sama?



Jom ikuti FB Live ini hari ini bersama hos Shahida Sarhid, Koresponden BH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >