Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ikuti 'podcast' #NoTapis bersama Riz, Nadiah M. Din

Jul 12, 2019 | 05:30 AM



EPISOD #NoTapis bersama Riz Sunawan telah dimuat turun sekitar 1,000 kali di hari pertama ia disiarkan di aplikasi Spotify - menjadikannya antara podcast paling popular Berita Harian (BH).



Dalam episod yang dimuatnaikkan ke Spotify tengah hari kelmarin, Riz atau nama sebenarnya Asri Sunawan, berkongsi kisah hidup beliau sejak disahkan menghidap Motor Neuron Disease (MND), sejenis penyakit saraf yang tiada penawarnya.



Riz merupakan mantan pembaca berita di stesen televisyen Mediacorp.



Sejak meninggalkan industri penyiaran dan menyertai sebuah badan berkanun, beliau terus aktif sebagai pengacara dalam acara-acara masyarakat dan privet.



Ini merupakan kali pertama, Riz, 40 tahun, dan belum berumah tangga, berkongsi secara terbuka kepada media mengenai keadaannya itu sejak beliau disahkan menghidap MND pada Oktober tahun lalu.



Episod #NoTapis kali ini juga menampilkan personaliti popular, Syah Ibrahim, sebagai pengacara sementara menggantikan pengacara tetap podcast, Suhaimi Yusof, yang berada di luar negara.



Ini merupakan kali pertama Syah - bekas juruhebah radio yang kini seorang usahawan - terlibat dalam rakaman podcast.



Beliau berganding dengan koresponden BH, Shahida Sarhid.



Episod bersama Riz boleh didengar menerusi aplikasi Spotify atau di laman BeritaHarian.sg, atau menerusi pautan https://spoti.fi/30rG0tW.



Dilancarkan pada 13 Mei lalu, #NoTapis kini menduduki tangga ketujuh di carta podcast Spotify dengan lebih 20,000 muat turun.



BH memuatnaikkan tiga episod setiap minggu pada Isnin, Rabu dan Jumaat, jam 12 tengah hari.



Dalam episod sebelum ini, antara tetamu podcast BH ialah petinju profesional negara, Muhamad Ridhwan Ahmad atau Ridhwan 'The Chosen Wan'; pendakwah bebas dan penceramah motivasi, Ustazah Liyana Musfirah; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Safinah Institute, Ustaz Tarmizi Wahid; CEO Muslim Youth Forum (MYF), Ustaz Zahid Zin; dan selebriti, Nadiah M. Din bersama suami Bilal Jeanpierre.



Berikut tiga langkah mudah untuk menikmati podcast terbitan BH:



1. Muat turun aplikasi Spotify dalam telefon bijak.



2. Tekan #NoTapis di ruang pencarian podcast.



3. Follow #NoTapis untuk menikmati kandungan kami.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >