Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ilham dan Festival Filem Geylang Serai

Mar 27, 2021 | 05:30 AM



ORANG ramai boleh menghantar karya penulisan lirik lagu Hari Raya serta filem pendek mengenai kawasan budaya Geylang Serai dalam dua peraduan berasingan anjuran Wisma Geylang Serai (WGS).



Peraduan 'Ilham' merupakan sebuah pertandingan menulis lirik lagu Raya yang membolehkan juara mendapat wang tunai $6,000 daripada firma penyedia alat elektronik, BeyerDynamic Asia, menurut kenyataan WGS semalam.



Peserta boleh merakam lagu mereka dalam bentuk rakaman mp3. Daftar dan muat naik lagu ke tinyurl.com/ilhamwgs.



Lima lagu akan dipilih dan dipaparkan melalui YouTube, TikTok dan FaceBook live WGS pada minggu terakhir Ramadan.



Pengadil bagi 'Ilham' termasuk pencipta lagu balada Mayuni Omar, pengarah muzik Reyza Hamizan dan deejay Azura Goh.



Kesemua lima lagu teratas akan berpeluang dijadikan muzik video.



Tarikh tutup penyertaan 30 Mac ini.



Selain itu, Festival Filem Geylang Serai (GSFF) diadakan bagi menarik penyertaan mereka yang berminat membuat filem pendek.



Tujuan projek ini adalah supaya peserta dapat merakamkan filem mengenai kawasan Geylang Serai serta memaparkan landskap warna-warni kehidupan di kawasan itu melalui penceritaan visual videografi. Bahagian rakaman di Geylang Serai akan ditentukan oleh penganjur.



Bagi menyertai GSFF, rakamkan video selama lima minit dan hantarkan kepada https://forms. gle/gE7Vb3NQThT1MRZj8.



Panel pengadil terdiri daripada pengarah filem Sanif Olek, Ketua Audiens Melayu & Eaglevision Sabariah Ramilan dan pelakon dan pengarah Rafaat Hamzah.



GSFF dibahagi kepada dua kategori. Yang pertama, filem pendek bagi kelima pemenang pertama akan dipaparkan di FaceBook WGS, tayangan perdana, majlis penyampaian anugerah dan Premier @ Cathay.



Pemenang pertama dan kedua akan diberi peluang menghasilkan filem pendek selama 30 minit.



Penyertaan dibuka sekarang dan tarikh tutup 30 April ini.



Pemenang akan diumumkan 31 Mei ini.



Pemenang pertama akan menerima hadiah $5,000, tempat kedua $4,000 dan yang ketiga $3,000.



Tarikh penyertaan bagi filem berbayar buat pemenang pertama dan kedua 16 Julai 2021.



Tayangan perdana 30 Julai 2021. Penyertaan dibuka kepada semua.



Kategori terbuka dibahagi kepada filem terbaik, pemenang pertama, kedua, ketiga dan keempat.



Hadiah trofi dan sijil bagi kedua-dua kategori pula akan diberi kepada direktor terbaik, skrip terbaik dan pelakon terbaik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >