PARLIMEN kelmarin meluluskan usul membentuk sebuah Jawatankuasa Pemilih bagi mengkaji masalah berita palsu yang sengaja disebarkan dalam talian dan menyarankan sama ada undang-undang diperlukan bagi menanganinya.
Usul tersebut dikemukakan Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, yang antara lain prihatin tentang bagaimana berita palsu boleh menggugat keharmonian sosial dengan mengapi-apikan perbezaan kaum dan agama.