Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Imam akui kesilapan; mohon maaf kepada umat Islam

Kenyataan Imam Nalla Mohamed Abdul Jameel Abdul Malik
Apr 02, 2017 | 07:06 PM



Pemohonan maaf kepada umat Islam di Singapura



Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha pengampun



Dalam semangat dan berkat bulan Rejab, saya memohon pengampunan daripada semua saudara Muslim kerana menyebabkan kesulitan di kalangan masyarakat Islam, dan juga ketegangan di antara anda dengan masyarakat Kristian dan masyarakat Yahudi di Singapura.



Antara Januari dan Februari 2017, saya telah melafazkan doa pada solat Jumaat di mana saya membaca sebuah teks lama dalam bahasa Arab yang berasal dari kampung saya di India. Teks itu bukan tukilan daripada Al Quran.



Berkat bimbingan dan kebijaksanaan yang anda tunjukkan, saya sedari bahawa tindakan saya boleh mencetuskan rasa kurang selesa dan kurang kepercayaan di kalangan penganut agama yang berbeza di sini, terutamanya antara umat Islam dengan penganut Kristian dan Yahudi.



Oleh itu saya membuat keputusan membuat pengakuan dan tampil memperbetulkan keadaan demi memelihara intipati sebenar Islam, iaitu keamanan.



Saya telah membuat satu kesilapan yang serius, dan saya mesti menghormati undang-undang Singapura. Yang paling penting, saya berharap penjelasan dan permohonan maaf saya kepada orang ramai telah menjelaskan sebarang salah faham dan memulihkan sebarang ketegangan dalam masyarakat Islam, dan juga agama yang lain di sini.



Negara ini benar-benar diberkati dengan keamanan biarpun ia negara yang amat pelbagai budaya dan agama.



Saya berdoa keharmonian agama dan sosial ini akan terus diamalkan dan dipelihara.



Abdul Jameel Abdul Malik




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >