Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Imam kunjungi sinagog mohon maaf kepada Rabbi

Apr 02, 2017 | 12:50 PM



Imam Nalla Mohamed Abdul Jameel Abdul Malik pagi tadi menemui Rabbi Mordechai Abergel untuk memohon maaf atas doa kurang sensitif yang mungkin menyinggung perasaan penganut Yahudi dan Kristian.



Menurut maklumat yang diperolehi Berita Harian baru tadi, lawatan ke Sinagog Maghain Aboth di Waterloo Street itu turut dihadiri beberapa pemimpin pelbagai agama lain.



Imam Abdul Malik turut menyampaikan kepada Rabbi Mordechai salinan kenyataan terbuka memohon maaf yang dibuat kelmarin di hadapan pemimpin pelbagai agama termasuk Biskop Terry Kee dan wakil Persekutuan India Muslim (FIM).



Imam itu memohon pengampunan dan meminta maaf kepada semua rakyat Singapura, dan mengakui bahawa beliau mesti bertanggungjawab atas perbuatannya.



Bagi pihak masyarakat Yahudi di Singapura, Rabbi Mordechai menerima permohonan maaf itu sambil menekankan peri penting kesedaran tentang kewujudan masyarakat pelbagai kaum yang harmoni di negara yang berbilang bangsa dan agama ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >