MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN ANUGERAH INSTITUT PENDIDIKAN NASIONAL

Imbangi ilmu teori dengan kegiatan amali

Dua guru Melayu diiktiraf dalam majlis penyampaian sijil dan anugerah kepada lebih 1,200 lulusan Institut Pendidikan Nasional baru-baru ini. Guru sekolah menengah, Encik Hazelman Norhafis, menerima Anugerah Belia Cemerlang dalam Pendidikan (OYEA), manakala guru baru, Cik Nurulhuda Mustafa, antara dua penerima anugerah baru, Hadiah Buku Praktikum Tan Poey Quee. HAIRIANTO DIMAN (mdhairi@sph.com.sg) melaporkan.

PENGALAMAN yang kurang manis dengan guru semasa di bangku sekolah mendorong Cik Nurulhuda Mustafa, 24 tahun, memberikan yang terbaik kepada murid-muridnya hari ini.

Bahkan, beliau lebih prihatin dengan kata-kata serta peka akan keperluan mereka atas kesedaran ia boleh memberi kesan yang mendalam.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan