Imbangi nilai dan jati diri dalam negara sekular
Feb 23, 2015 | 05:30 AM
WANITA Islam juga boleh menyumbang secara aktif dalam negara sekular tanpa menjejas jati diri dan nilai keagamaan mereka, kata Presiden Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Cik Rahayu Mohamad.
Namun, untuk berbuat demikian, mereka perlu membekalkan diri dengan ilmu untuk mengamalkan agama dalam masyarakat majmuk.