Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

JAGUH MEMASAK DI MALAM RAYA

Imbas nostalgia niaga di Bazar Geylang Serai

May 05, 2021 | 05:30 AM



SESUATU yang istimewa menanti anda pada malam Raya ini.



Episod ke-11 rancangan 'masak-masak', Jaguh Memasak, yang menampilkan para pegerai Bazar Geylang Serai akan ditayangkan pada malam terakhir Ramadan, 12 Mei, 8.30 malam di Facebook Berita Harian (BH) dan Wisma Geylang Serai (WGS).



Rancangan itu, yang dijayakan secara bersama BH dan WGS akan melabuhkan tirainya pada Jumaat ini dalam episod ke-10 yang menampilkan jaguh di sebalik kafe minuman dan hideout pemuisi tempatan, Rumi The Poet's Cup.



Namun, sempena Lebaran, Jaguh Memasan kembali dengan episod 'bonus' pada malam Hari Raya.



Episod istimewa Jaguh Memasak edisi Hari Raya yang berkonsep talkshow rumah terbuka dalam keadaan selamat akan menjemput semula peserta Jaguh Memasak termasuk Yummi Takoyaki, Planet Bakso, Apam Balik Power dan lain-lain lagi.



Mereka, yang terkenal dengan hidangan yang telah menjadi kegilaan orang ramai, akan berkongsi kenangan sewaktu berniaga di Bazar Geylang Serai dahulu, serta penyesuaian yang telah mereka lakukan dalam norma baru sekarang.



Dihoskan oleh wartawan BH, Natasha Mustafa dan pelawak veteran Husin Saaban, Jaguh Memasak edisi Hari Raya juga bakal diwarnai dengan kehadiran Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO) merangkap Menteri Kedua Pendidikan dan Ehwal Luar, Dr Mohd Maliki Osman, serta pasukan di balik tabir Jaguh Memasak bagi BH dan WGS, termasuk penulis selaku pengarah rancangan itu.



Sejauh ini, episod yang telah menggelikan hati penonton setiap malam Jumaat dari 5 Mac itu telah mencapai purata 30,000 penonton bagi setiap episod di Facebook Berita Harian Singapura.



Ilham menerbitkan rancangan Jaguh Memasak ini timbul sedang bazar tahunan bulan Ramadan terus ditiadakan buat tahun kedua bagi mengekang penularan virus Covid-19.



Pada masa yang sama, hos rancangan, Natasha dah Husin juga akan membongkar rahsia di sebalik resipi yang dipaparkan sambil 'bertanding' antara mereka untuk untuk cuba menyediakan masakan itu.



Jika anda terlepas menonton rancangan 'Jaguh Memasak', anda boleh menontonnya menerusi pautan: bit.ly/jaguhmemasakBHFB




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >