Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Imbas wajah untuk akses SingPass

Dec 17, 2020 | 05:30 AM



PENDUDUK Singapura kini boleh mengesahkan identiti akaun SingPass dengan mengimbas wajah mereka menggunakan komputer atau kamera telefon bimbit, atau memasukkan kata laluan satu kali (OTP) yang dihantar kepada pengguna SingPass lain yang dipercayai.



Kedua ciri baru ini diperkenal kepada semua pengguna SingPass yang menggunakan khidmat digital pemerintah bermula 16 Disember.



Ini selain kaedah pengesahan sedia ada seperti Aplikasi Mudah Alih SingPass dan pengesahan sekali kata laluan (SMS-OTP).



Demikian diumumkan Agensi Teknologi Pemerintah (GovTech) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.



Ciri-ciri baru itu diperkenal untuk "menyediakan lebih banyak kemudahan dan akses kepada khidmat digital pemerintah dengan lebih selamat", kata GovTech.



Untuk menggunakan ciri pengesahan wajah SingPass, pengguna hanya perlu memasukkan SingPass ID dan kata laluan mereka, diikuti dengan mengimbas wajah mereka menggunakan kamera yang terdapat pada komputer yang dapat mengakses Internet, atau alat mudah alih yang dilengkapi kamera yang menghadap ke hadapan.



"Pilihan ini juga membolehkan masyarakat Singapura di luar negara yang mungkin tidak mempunyai nombor telefon berdaftar setempat dan tidak boleh menerima SMS-OTP," jelas Pengarah Kanan, Identiti Digital Nasional, Encik Kwok Quek Sin.



Pengguna tanpa alat sedemikian boleh mengunjungi tempat awam yang dilengkapi dengan alat-alat tersebut, misalnya di Pusat Perkhidmatan Awam Our Tampines Hub dan Pusat Perkhidmatan Lembaga Tabung Simpanan Pekerja (CPFB) di Bishan.



Lebih banyak tempat sedemikian akan disediakan secara progresif.



GovTech menambah bahawa teknologi pengesahan wajah itu dilengkapi dengan langkah keselamatan yang sesuai untuk mencegah penipuan.



Misalnya, teknologi pengesanan kehidupan digunakan untuk mengesan dan mencegah penggunaan gambar, video atau pelitup semasa proses pengesahan tersebut.



Satu lagi cara pengesahan baru yang diperkenal ialah pengiriman SMS-OTP kepada pengguna lain yang boleh dipercayai.



Pengguna SingPass yang mungkin memerlukan bantuan orang lain ketika melakukan transaksi boleh memilih untuk menghantar SMS-OTP mereka kepada nombor telefon bimbit pengguna lain.



Sebagai contoh, seorang warga emas yang tidak terlalu celik teknologi boleh memilih agar SMS-OTPnya dihantar kepada anaknya supaya anak tersebut dapat membantu ketika transaksi dilakukan.



Kedua-dua cara pengesahan baru SingPass itu dilancarkan sebelum penutupan token OneKey pada hujung Mac 2021.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >