Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

IMDA arah MeWe hapus tinjauan sosial lucah

May 28, 2021 | 10:59 AM




Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) telah mengarahkan wadah media sosial MeWe untuk menghapuskan tinjauan lucah yang dijalankan ke atas asatizah setempat Singapura, dan pada masa yang sama meminta wadah media sosial besar seperti Facebook, Google dan Twitter agar tidak menularkan pos itu di wadah mereka.



Menegaskan bahawa kandungan sebegitu "tiada tempat di Singapura", Menteri Perhubungan dan Penerangan & Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri Josephine Teo berkata bahawa ia telah melanggar Kod Amalan Internet (ICOP) di bawah Akta Penyiaran kerana mempunyai kandungan terlarang.




Mengutuknya dalam posnya di Facebook hari ini (28 Mei), beliau berkata:




"Mereka telah melakukan sesuatu secara sengaja untuk merendahkan wanita, dan lebih-lebih lagi wanita yang telah menumpukan diri mereka untuk menegakkan agama mereka. Saya terkejut dengan hal ini dan menyertai seruan untuk mengecam dengan amat keras tinjauan ini," tulisnya.





Beliau memberi jaminan bahawa Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) akan meneruskan usaha melindungi wanita dan kanak-kanak perempuan daripada bahaya yang timbul dalam talian.



"Tidak kira di luar talian atau dalam talian, penghormatan dan keselamatan bagi wanita perlu menjadi norma. Tiada persoalan tentang itu," katanya.



 





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >