Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

IMDA larang buku baru tentang kartun politik diedarkan di S'pura

Nov 01, 2021 | 07:12 PM



SEBUAH buku baru tentang kartun politik yang didapati mengandungi gambar yang menyinggung agama tidak dibenarkan diedarkan di Singapura.


Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) berkata ia telah menilai penerbitan Red Lines: Political Cartoons and the Struggle Against Censorship sebagai tidak menyenangkan di bawah Akta Penerbitan Yang Tidak Diingini.


Ini kerana penerbitan itu mengandungi gambar menyinggung perasaan yang memburukkan agama, termasuk mengeluarkan semula kartun Charlie Hebdo tentang Nabi Muhammad yang, sejak pertama kali muncul pada 2006, telah menyebabkan banyak tunjuk perasaan dan keganasan di luar negara.


Penerbitan itu juga mengandungi rujukan memburukkan lain berkaitan agama Hindu dan Kristian.


IMDA, dalam rundingan dengan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), telah mengenal pasti 29 gambar yang tidak menyenangkan di bawah UPA.


IMDA telah menghubungi pengedar, Alkem Company, tentang perkara itu.


Dalam lima tahun kebelakangan, IMDA telah mengklasifikasikan enam lagi penerbitan sebagai tidak menyenangkan kerana memburukkan pelbagai masyarakat agama.


Di bawah UPA, sesiapa yang didapati bersalah mengimport, menjual, mengedar, membuat atau menghasilkan semula penerbitan yang tidak menyenangkan boleh didenda hingga $5,000 dan/atau dipenjara tidak melebihi 12 bulan. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >