Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

IMDA larang buku kandungi imej burukkan agama diedar

Nov 02, 2021 | 05:30 AM



PENGUASA Pembangunan Infokom Media (IMDA) telah melarang pengedaran sebuah penerbitan yang mengandungi imej memburukkan agama, termasuk pengeluaran semula imej kartun majalah Perancis Charlie Hebdo yang mempersenda Nabi Muhammad.



Buku yang bertajuk, Red Lines: Political Cartoons and the Struggle Against Censorship, juga didapati mempunyai rujukan yang menghina agama Hindu dan Kristian, menurut kenyataan IMDA.



Lantas, IMDA berkata 'ia menjadi pertikaian di bawah Akta Penerbitan Tidak Diingini (UPA)'.



"Ini kerana penerbitan itu mengandungi imej yang menyinggung perasaan yang memburukkan agama, termasuk penerbitan semula kartun Charlie Hebdo mengenai Nabi Muhammad, yang menyebabkan bantahan dan keganasan terjadi di luar negara," kata IMDA.



Buku itu ditulis ahli akademik Dr Cherian George, pensyarah pengajian media di Universiti Hong Kong Baptist dan novelis grafik, Sonny Liew. Ia telah pun diedarkan di negara lain seperti Amerika Syarikat.



Buku ini mengkaji kartun politik dari seluruh dunia dan menerangkan pelbagai motivasi dan kaedah penapisan kartun.



Menurut IMDA, syarikat yang mengedar buku tersebut, Alkem Company (Singapore) Pte Ltd, telah meminta IMDA memeriksa bahan yang terdapat dalam terbitan itu.



"IMDA, dengan rundingan bersama Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), mengenal pasti 29 imej yang tidak menyenangkan di bawah UPA,'' kata kenyataan itu.



Dalam satu catatan di media sosial semalam, Encik Liew berkata syarikat pengedar buku itu telah berbincang dengan IMDA sejak Ogos.



"Cherian dan saya bersetuju untuk bekerjasama dengan IMDA untuk melihat imej-imej mana yang mempunyai masalah dan bagaimana ia dapat disunting untuk versi buku bagi Singapura,'' kata Encik Liew.



Mengulas, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata:



"Saya menyokong keputusan IMDA yang diambil bagi penerbitan ini. Sebarang bahan atau media yang memburukkan mana-mana agama atau tokoh agama harus diambil kira dengan teliti walaupun ia adalah untuk tujuan akademik. Ini lebih-lebih lagi apabila ia akan membangkitkan kemarahan dalam masyarakat untuk bertindak ganas terhadap pengarang atau penerbit dan lebih teruk terhadap masyarakat lain."



"Mencari keharmonian dalam masyarakat yang pelbagai seperti kita adalah soal keseimbangan dan kalibrasi. Ia adalah penting untuk kita menggalakkan pertukaran pandangan, supaya kumpulan yang berbeza dapat memahami perspektif satu sama lain dengan lebih baik. Tetapi ini mesti dilakukan dengan penuh hormat dan sensitif.''



Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, pula menyatakan pentingnya untuk berhati-hati untuk tidak menyebar lagi bahan provokatif di Singapura - tidak mengira agama atau bangsa yang disasarkan dan bentuk bahan yang digunakan - untuk melindungi perasaan masyarakat.



"Garisan antara kebebasan untuk bersuara dan ucapan yang menyinggung adalah tipis. Kami menjamin kebebasan beragama dan tidak akan membenarkan mana-mana kumpulan agama dihina,'' tambahnya.



Charlie Hebdo merupakan majalah Perancis sindiran yang pernah menerbitkan beberapa karikatur Nabi Muhammad sebelum ini sehingga menyebabkan bantahan ganas dan serangan di beberapa negara termasuk Indonesia, Britain dan Timur Tengah, kata IMDA.



Kartun itu juga mengakibatkan keganasan termasuk serangan di premis penerbit asal dan kakitangan, di mana 12 orang terkorban.



Satu lagi kejadian adalah tahun lalu di mana seorang guru Perancis dibunuh oleh tiga remaja selepas beliau menunjukkan pelajar karikatur Nabi Muhammad semasa mengadakan kelas.



Dalam tempoh lima tahun lepas, IMDA berkata mereka telah mengklasifikasikan enam penerbitan lain sebagai tidak menyenangkan kerana ia memburukkan pelbagai masyarakat agama.



Di bawah UPA, mereka yang didapati mengimport, menjual, mengedar, membuat atau mengeluarkan semula penerbitan yang tidak menyenangkan boleh didenda tidak melebihi $5,000 dan/atau dipenjarakan selama tempoh sehingga 12 bulan.




"Saya menyokong keputusan IMDA yang diambil bagi penerbitan ini. Sebarang bahan atau media yang memburukkan mana-mana agama atau tokoh agama harus diambil kira dengan teliti walaupun ia adalah untuk tujuan akademik. Ini lebih-lebih lagi apabila ia akan membangkitkan kemarahan dalam masyarakat untuk bertindak ganas terhadap pengarang atau penerbit dan lebih teruk terhadap masyarakat lain."
- Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.




Kenyataan Muis



Sebagai respons kepada pertanyaan kenyataan media Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) berhubung penerbitan Red Lines:Political Cartoons and the Struggle against Censorship, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah menyemak penerbitan itu dan mendapati ia mengandungi beberapa kartun/lukisan Nabi, serta beberapa kartun yang menghasut diskriminasi terhadap Muslim, mengejek Al-Quran, dan merendahkan Islam.



Imej-imej ini menyinggung perasaan ramai orang Islam. Kandungan sedemikian yang menggambarkan Islam dan Muslim secara negatif, atau mana-mana agama lain dalam hal itu, tidak boleh diterima, dan lebih-lebih lagi dalam masyarakat berbilang agama seperti Singapura.



Sehubungan itu, Muis menyokong keputusan IMDA yang diambil untuk penerbitan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >