Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

IMDA: 'The Online Citizen' berulang kali gagal isytihar semua sumber dana

Sep 08, 2021 | 05:30 AM



LAMAN web The Online Citizen (TOC) telah berulang kali gagal mengisytiharkan semua sumber pendanaannya bagi tahun lalu meskipun setelah diberikan peringatan dan tarikh lanjutan, dan ia telah diminta untuk menjelaskan mengapa ia tidak mematuhi keperluan itu, kata Penguasa Pembangunan Media Infokom (IMDA) semalam.



TOC telah memaklumkan kepada IMDA bahawa ia tidak akan mematuhi kewajipannya di bawah undang-undang, kata IMDA, sambil menambah bahawa ia mungkin mengambil "tindakan penguatkuasaan yang wajar" jika TOC tidak dapat memberikan sebab baik untuk tidak mematuhi keperluan.



IMDA tidak menjelaskan tindakan apakah yang ia mungkin akan ambil.



Dalam kenyataannya, IMDA berkata tidak ada sebab bagi TOC untuk tidak mematuhi keperluan pengisytiharan kerana penyedia kandungan Internet berdaftar yang lain memberikan maklumat sedemikian untuk mengekalkan ketelusan sumber pendanaan mereka.



Ia berkata TOC telah mematuhi pengisytiharan tahunan apabila ia kali pertama didaftar pada 2018, namun tidak mematuhi sepenuhnya kewajipan itu sejak 2019.



Badan kawal selia itu menambah bahawa TOC gagal mengesahkan penderma dan menjelaskan percanggahan dalam pendapatan pengiklanan asingnya dalam pengisytiharan 2019, dengan ia diberikan amaran pada 4 Mei 2021.



"Ancaman campur tangan asing dalam politik domestik kita selalu wujud," kata IMDA mengenai pendanaan asing.



"Singapura merupakan sasaran bagi dua operasi seperti itu pada tahun 1970-an yang melibatkan akhbar The Eastern Sun dan Singapore Herald," katanya.



"Akhbar tersebut menerima pendanaan dari sumber asing dan mengeluarkan laporan yang cuba menjejas usaha pembangunan negara Singapura. Terdapat juga laporan dari negara lain bahawa pelaku asing dan ejen mereka berusaha mempengaruhi politik mereka dengan membayar parti politik dan ahli politik individu.



"Kami perlu berhati-hati kerana Internet dan platform media sosial yang tersebar luas menjadikannya lebih mudah untuk mempengaruhi jumlah orang yang ramai," kata IMDA.



Dalam satu catatan Facebook kelmarin, TOC berkata ia telah menerima surat dari IMDA pada Isnin yang meminta laman itu menyatakan mengapa ia tidak harus digantung badan kawal selia itu selewat-lewatnya pada 13 September.



"Sebab utama bagi TOC tidak memfailkan pengisytiharan adalah disebabkan percubaan IMDA yang tidak berasas untuk meneliti bagaimana TOC menjalankan perniagaannya," kata TOC.



Ia menambah bahawa IMDA telah meminta TOC untuk memberikan justifikasi bagi bayaran langganan yang dikenakannya, di mana ia mengumpulkan sekitar $9,200 dalam pendapatan tahunan bagi tahun itu.



TOC berkata IMDA telah memberikan alasan bagi kemungkinan penggantungan laman itu kerana kegagalan mengenal pasti seorang penderma tetapi TOC bersedia mendermakan jumlah itu kepada badan amal.



Ia menambah bahawa kegagalannya untuk menjelaskan percanggahan dalam pendapatan pengiklanan asingnya adalah "kesilapan perakaunan yang mudah".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >