Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

IMDA undang usul rangkaian peti simpanan di estet perumahan, stesen MRT

Nov 01, 2017 | 02:09 PM



PENGUASA Pembangunan Infokom dan Media (IMDA) telah meminta usulan menjelang akhir tahun ini bagi melaksanakan rangkaian peti simpanan bungkusan di estet perumahan Punggol dan Bukit Panjang dan stesen MRT.

IMDA akan juga memanggil tender bagi melaksanakan wadah bagi menyediakan akses terbuka yang selamat kepada rangkaian peti simpanan itu.

Ujian perintis itu akan dimulakan separuh kedua tahun depan dan akan diuji selama enam hingga 12 bulan.

Perinciannya diumumkan dalam sebahagian Pelan Perubahan Industri (IDP) bagi sektor logistik di Sidang dan Pameran Ekono Hadapan 2017 anjuran Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF).

"Apabila kita bercakap mengenai ekonomi masa hadapan, ia penting untuk mengetahui bahawa dalam perubahan itu, kita juga melihat peluang pertumbuhan,'' kata Menteri Kewangan dan pengerusi Majlis Ekonomi Masa Hadapan, Encik Heng Swee Keat.

Sedang membeli-belah dalam talian semakin meningkat, sistem peti simpanan itu akan meningkatkan keberkesanan dan memudahkan penghantaran barang jika pembeli e-dagang tidak ada di rumah.

Satu daripada setiap 10 penghantaran tidak dapat dipenuhi kerana pembeli tidak akan di rumah.

Sebanyak 75 peti simpanan dijangka dilaksanakan tetapi rancangannya ialah mempunyai 760 peti simpanan sekitar Singapura.

Ketika ini, sistem serupa sudah pun wujud bagi Popstation bagi syarikat penghantaran surat dan bungkusan, SingPost, dan Ninja Boxes bagi Ninja Van.

Sistem peti simpanan itu tidak akan dikaitkan dengan sebuah pengendali tunggal tetapi boleh digunakan oleh sebuah firma penghantaran, yang berpotensi dimanfaatkan oleh lebih 7,600 penyedia khidmat logistik di ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >