Imej anggun antara topik Bengkel Penampilan Wanita anjuran BH
Apr 26, 2016 | 05:30 AM
IMEJ wanita anggun dan mengenal keperibadian sendiri serta keserasian pada penampilan menjadi topik yang bakal dibincangkan dalam Bengkel Penampilan Wanita anjuran Berita Harian.
Sepanjang sesi bengkel yang akan dianjurkan pada 7 Mei ini, seramai tiga panel bakal menekankan topik utama tentang asas mencungkil bakat dan potensi diri, kenali siapa diri yang sebenar.