Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

IMH, Cabaran Presiden akan bangunkan kurikulum perkukuh pengurusan belia ada isu kesihatan mental: Presiden Halimah

Oct 11, 2021 | 05:30 AM



KEUPAYAAN Agensi Perkhidmatan Sosial (SSA) dalam pengurusan kes belia yang mempunyai kondisi kesihatan mental akan diperkukuh melalui sebuah kurikulum perintis yang akan dibangunkan oleh Institut Kesihatan Mental (IMH) dengan kerjasama Cabaran Presiden.



Ini sedang terdapat keperluan mengukuhkan sokongan bagi belia yang mengalami kondisi kesihatan mental, dan menawarkan campur tangan awal berkesan.



Demikian dinyatakan Presiden Halimah Yacob dalam satu pos sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia di Facebook semalam.



"Kita telah mempunyai banyak perbincangan mengenai kesihatan mental menjelang hari ini.



"Perbincangan-perbincangan tersebut memberi kita banyak untuk difikirkan, tetapi langkah konkrit mesti diambil untuk memperbaiki keadaan," kata beliau.



Puan Halimah menambah bahawa sepanjang seminggu lalu beliau berpeluang bercakap mengenai kesihatan mental di pelbagai wadah tempatan dan antarabangsa.



Di wadah-wadah itu, beliau menekankan perlunya mengukuhkan sokongan bagi belia mengalami kondisi kesihatan mental, dan pentingnya campur tangan awal berkesan.



"Pada usia muda seperti itu, mungkin agak sukar untuk segelintir mereka menyatakan apa yang mereka lalui.



"Disebabkan itu Cabaran Presiden akan bekerjasama dengan IMH dalam membangunkan sebuah kurikulum perintis untuk mempersiap SSA dengan lebih baik dalam pengurusan kes belia yang mempunyai kondisi kesihatan mental.



"Ia bukan huraian tuntas, tetapi semoga ia menjadi satu cara kita dapat mengukuhkan keupayaan SSA kita dalam bidang ini," katanya.



Puan Halimah turut berkata bahawa IMH juga sedang bekerjasama dengan agensi lain - termasuk Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC), Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS) - untuk menawarkan pelbagai kegiatan, webinar dan bengkel maya hingga hujung bulan ini.



Beliau berkata kerjasama sedemikian menggambarkan pendekatan seluruh negara yang diperlukan untuk menangani kesihatan mental.



Agensi-agensi itu akan mengongsi maklumat lanjut mengenai kegiatan mereka di laman Facebook Kesedaran Kesihatan Mental Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >