Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

IMM, Bugis Junction antara lokasi dikunjungi kes Covid-19: MOH

Sep 29, 2020 | 11:57 PM



PUSAT beli-belah IMM, Bugis+ dan Bugis Junction adalah antara tempat yang dikunjungi kes Covid-19 pada hujung minggu lalu (26 dan 27 September).



Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya pada Selasa malam turut menyenaraikan  Stirling Food Court, Napshot Cafe di Stirling Road dan pasar serta pusat makanan Albert Centre.



Menurut MOH lagi, mereka yang merupakan kontak  kes yang dikenal pasti sudah dihubungi.



Sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang mengunjungi tempat disenaraikan pada masa yang tertera harus memantau kesihatan mereka selama 14 hari menyusuli kunjungan ke tempat berkenaan.



Mereka juga harus segera berjumpa doktor jika terdapat tanda jangkitan pernafasan akut seperti batuk, sakit tekak dan selesema atau demam dan kehilangan deria merasa dan menghidu.



Namun, orang ramai tidak perlu mengelakkan tempat-tempat yang dikunjungi kes Covid-19 ini.



Ini memandangkan panduan membersihkan tempat itu akan diberi kepada pihak pengurusan bangunan berkenaan.



MOH berkata, sehingga 12 tengah hari Selasa (29 September), 27 kes jangkitan baru Covid-19 dikesan.



Sembilan kes import pula terdiri daripada seorang warga Singapura dan lima Penduduk Tetap Singapura yang pulang ke sini dari Indonesia dan India.



Dua lagi kes adalah pemegang pas kerja dan permit kerja yang bekerja di Singapura, juga datang dari Indonesia dan India.



Baki satu kes pula adalah pemegang pas tanggungan yang datang dari India pada 17 September lalu.



Kesemua kes import ini sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura.



MOH menambah, hasil usaha proaktif menjejak kes, satu kes masyarakat dikesan. Beliau adalah pemegang permit kerja yang menampakkan kesan jangkitan dan dikejarkan ke hospital bagi ujian ‘swab’.



Sementara itu, 73 kes pula sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.



Lagi 32 kes pula masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >