Impian bina S'pura lebih baik masih wujud: PM Lee
Perdana Menteri kenang perjuangan pemerintah sempena ulang tahun ke-60 pelantikan Kabinet pertama Singapura
Jun 07, 2019 | 05:30 AM
IMPIAN membina Singapura yang lebih baik masih wujud dan ikrar warga Singapura sebagai masyarakat yang bersatu tidak kira bangsa, bahasa dan agama masih diteruskan kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
Menyatakan demikian dalam satu pos di Facebook, Encik Lee berkata, mesyuarat Kabinet minggu ini ditangguh kepada semalam disebabkan Hari Raya jatuh pada hari Rabu.