Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Impian jadi 'jururawat medan perang' tukar kerjaya jadi pakar perubatan SAF

Jan 13, 2022 | 05:30 AM



SEJAK kecil, Nur Fadilah Jubir mempunyai impian menjadi jururawat di 'medan perang' selepas melihat watak Evelyn Johnson, seorang jururawat Angkatan Laut Amerika Syarikat dalam filem 'Pearl Harbour' yang menjalankan tugasnya merawat askar yang tercedera dengan tenang semasa Perang Dunia Kedua.



Justeru, anak kedua dalam keluarga empat anak berusia 30 tahun itu telah merancang perjalanannya mencapai idamannya itu dengan teliti - menjadi seorang jururawat di hospital dahulu sebelum menukar kerjayanya sebagai pakar perubatan di Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).



Apabila dia lulus dan meraih ijazah sarjana muda dalam jurusan kejururawatan dari Universiti Nasional Singapura (NUS) pada 2015, beliau mendaftar sebagai relawan dalam Kor Relawan Angkatan Senjata Singapura (SAFVC) pada masa yang sama beliau memulakan kerjayanya sebagai jururawat di Hospital Ng Teng Fong.



Menurut Nur Fadilah, dia ingin merasakan hidup sebagai seorang anggota SAF dahulu sebelum menyertainya sebagai pegawai sepenuh masa.



Semalam, Nur Fadilah, adalah antara lulusan Kursus Pakar Domain Ketenteraan (MDEC) yang telah menerima pelantikannya setelah menghadiri Majlis Pelantikan Pakar Ketenteraan Kanan Ke-22.



Dia kini sedang menjalani kursus dalam unit Pasukan Respons Perubatan SAF sebelum dikerah memimpin sebuah platun pada masa depan dan juga menyumbang dalam mendidik dan membina keupayaan medik anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) dan anggota sepenuh masa.



Bercerita Nur Fadilah, sejak kecil dia merupakan penyokong kuat NS dan pengalamannya dalam SAFVC semasa dia bekerja sebagai jururawat telah banyak menyumbang kepada keputusannya menyertai SAF.



"Ini kerana saya ingin merasakan sedikit hidup sebagai pegawai sepenuh masa di SAF," katanya.



"Jadi, sepanjang lima tahun saya berkhidmat di SAFVC sebagai anggota pasukan pengawal (ST), saya meraih banyak pengalaman dan ilmu tentang hidup dalam SAF."



Bahkan, Nur Fadilah juga telah menyertai dalam kontinjen relawan semasa Perbarisan Hari Kebangsaan 2019 dan menerima anugerah Penyokong NS Terbesar Pertahanan Mutlak anjuran Nexus pada tahun yang sama.



Selepas menamatkan ikatan di Ng Teng Fong bagi memenuhi keperluan biasiswa kejururawatannya di NUS, sudah tiba masa untuk dia bertukar kerjaya.



Menyusuli itu, Nur Fadilah berkata, dia menjangkakan pengalaman di SAF akan menawarkannya peluang untuk menyumbang kemahirannya bagi membina keupayaan di tempat kerja - sesuatu yang menurutnya hanya ditawarkan di hospital pada peringkat tinggi.



"Saya ingin mempelajari tentang nilai-nilai kepimpinan dan cara untuk memimpin pasukan, serta menyumbang kepada perubahan di tempat kerja. Pengalaman seperti ini mungkin hanya diberikan kepada saya apabila saya sudah di tahap pengurusan di kerja luar," kata Nur Fadilah lagi.



Selepas menyertai SAF, Nur Fadilah menjalani Latihan Asas Ketenteraan (BMT) dan kemudian Sekolah Pegawai Kadet (OCS) di mana dia dididik kemahiran sebagai medik di medan perang.



Namun Fadilah akur, hidup dan tugasannya di SAF amat berbeza sekali berbanding di hospital.



"Fokus SAF amat berbeza dengan hospital. Di hospital, kami menawarkan penjagaan serta memberi diagnosis rawatan perubatan kepada pesakit. Di SAF, kami ditugaskan memberi rawatan trauma untuk menstabilkan anggota pasukan yang tercedera semasa operasi serta melaksanakan evakuasi ke hospital dengan secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan segera.



"Selain itu, Kursus Pakar Domain Ketenteraan juga mengajar kami mengatasi cabaran dalam tugasan yang kami akan perlu lakukan itu serta memimpin medik SAF dan membina keupayaan profesional mereka," kata Nur Fadilah.



Kini ditempatkan di unit Pasukan Respons Perubatan (MRF) dalam Ibu Pejabat Khidmat Perubatan SAF, Nur Fadilah akan ditugaskan untuk melatih teknisyen kecemasan dan anggota MRF dengan kemahiran khusus dalam pertahanan kimia, biologi, radiologi, nuklear dan letupan (CBRNE).



Selain itu, beliau juga ghairah menunggu peluang mewakili Singapura dalam misi bantuan bencana dan kemanusiaan di luar negara.



"Dengan kemahiran saya sebagai anggota SAF dan juga sebagai jururawat di hospital sebelum ini, saya ingin berusaha untuk menjadi aset bagi mengendali keadaan kecemasan semasa menawarkan bantuan dalam misi seperti itu.



"Namun ini juga bergantung kepada keadaan Covid-19 sekarang," katanya.



Mengulas lagi tentang pandangan keluarganya terhadap keputusannya menyertai SAF, Nur Fadilah yang masih solo itu berkata:



"Saya dibesarkan dalam keluarga yang semua adik-beradik saya perempuan. Jadi saya seorang sahaja yang minat dalam bidang ini.



"Saya boleh dikatakan sebagai anak lelaki yang ibu bapa saya tidak ada, dan saya sering berbual mengenai NS bersama ayah saya, yang merupakan anggota SAF semasa NS-nya.



"Dan jika tercetus peperangan, saya tidak mahu ayah saya turun ke medan perang keseorangan tanpa saya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >