Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Impian miliki mahligai sendiri tercapai jua..

Unit HDB bagi bantu pemilikan flat sokong pasangan yang mulanya anggap harapan beli flat 'angan-agan mustahil'
HST
Jan 10, 2022 | 05:30 AM



SETIAP pasangan suami isteri pasti mempunyai impian memiliki mahligai sendiri.



Namun bagi Cik Siti Norhafizah Sa'edon dan Encik Eddie Mand Taib, impian itu bagaikan angan-angan yang mustahil berlaku.



Ini kerana pasangan itu merasakan rintangan dan keadaan yang tidak mengizinkan menyukarkan mereka memiliki rumah idaman dan berpindah dari rumah sewa di Upper Boon Keng Road - rumah yang didiami isterinya sejak lebih dua dekad.



Kededua mereka sebelum ini telah mendapatkan nasihat beberapa ejen hartanah, tetapi akan pulang dengan rasa hampa.



"Rata-rata, semua ejen hartanah yang kami hubungi berkata kami mempunyai peluang tipis membeli rumah sendiri kerana suami saya sudah pun membeli rumah sebanyak dua kali bersama bekas isterinya.



"Tambahan pula, hanya suami saya yang bekerja dan menyara kehidupan kami berdua. Saya tidak.



"Disebabkan perkara itu, kami tidak meletakkan sebarang harapan dan mula merasa tidak yakin dengan peluang kami," kata Cik Norhafizah, 41 tahun.



Biarpun begitu, kata-kata perangsang serta galakkan yang diberikan dari keluarga serta kenalan rapat telah menyuntik semangat baru dalam diri pasangan itu untuk terus mengejar impian mereka dan membina masa depan yang lebih cerah.



Menurut Cik Norhafizah, arwah datuknya serta pengurus besar Pejabat Cawangan HDB Sims Drive, Encik Fong Chee Seng, adalah antara mereka yang sentiasa memberikan galakkan.



"Encik Fong pernah memberitahu kami bahawa memandangkan saya belum pernah memohon untuk rumah sendiri, jadi kami masih mempunyai peluang kerana saya boleh dianggap sebagai pemohon kali pertama dan layak menerima geran perumahan," ujar Cik Norhafizah.



Pejabat cawangan mengemukakan permohonan untuk mereka dan tidak lama kemudian pasangan itu mendapat panggilan telefon daripada Unit Bimbingan Pemilikan Rumah (HST) HDB.



Ibarat terbangun dari mimpi, kedua-dua Cik Norhafizah dan Encik Eddie, 46 tahun, bagaikan tidak percaya akan nasib mereka.



Kini selepas hampir dua tahun menanti, pasangan itu tidak lama lagi akan mendapatkan kunci kepada teratak dua bilik baru yang terletak di Sengkang West Way.



"Syukur alhamdulillah, saya sangat gembira hingga tak terkata kerana akhirnya dapat memiliki rumah sendiri di usia ini, dengan menggunakan kewangan kami sendiri.



"Saya berharap dapat berkongsi dengan keluarga lain yang masih menetap di flat sewa untuk tidak berputus asa dan tidak berasa takut atau teragak-agak untuk mengorak langkah mendapatkan rumah sendiri. Ini bagi membina masa depan yang lebih baik," ujar Cik Norhafizah.



HST dibentuk pada Disember 2019 dengan tujuan menawarkan bimbingan kepada keluarga yang tinggal di flat sewa dalam proses merancang dan menyusun bajet untuk membeli rumah sendiri.



Dari Disember 2019 hingga Mei tahun lalu, HST telah mendekati sekitar 800 keluarga, dan hampir 300 daripada mereka dinilai sebagai bersedia memiliki rumah sendiri dalam tempoh dua tahun akan datang.



HST menyasarkan menjangkau sebanyak 1,000 isi rumah sewa menjelang 2023.



Sementara itu, bagi terus memperkasa keluarga yang tinggal di flat-flat sewa, pemerintah juga telah mengumumkan penubuhan program Projek Dian@M3 yang bertujuan membimbing keluarga-keluarga ini mendapatkan pekerjaan lebih tetap dan stabil, serta memudahkan anak-anak daripada keluarga sedemikian memasuki prasekolah dan menghadiri sekolah.



Inisiatif yang dilancarkan pada Jun tahun lalu, dilaksana di bawah Pejabat Penyelarasan Penglibatan Masyarakat M Kuasa Tiga (M³) atau Eco dan dilancarkan di kawasan Geylang Serai, Bedok dan Jalan Besar sebelum diluaskan ke semua bandar M³, yang mempunyai ramai keluarga di flat sewa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >