Subuh
5:56
Syuruk
7:13
Zuhur
1:17
Asar
4:26
Maghrib
7:19
Isyak
8:28
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Setempat0

Import patung seks: Warga S'pura di Australia dijel 11 bulan, namun dibebas dengan bon

Feb 24, 2021 | 05:30 AM

SEORANG pelajar warga Singapura di Australia yang mengimport patung seks kanak-kanak dan memiliki bahan menganiaya kanak-kanak, telah dikenakan hukuman penjara 11 bulan.

Namun, pelajar berusia 27 tahun itu, yang tidak dikenal pasti, telah dibebaskan serta-merta dengan bon kelakuan baik dua tahun.

Pasukan Sempadan Australia dan Polis Federal Australia dalam kenyataan bersama Sabtu lalu, berkata hakim telah menjatuhkan perintah supaya nama lelaki itu disertakan di daftar pesalah seks.

Pada 2019, warga Singapura itu ditangkap selepas pegawai sempadan menemui bungkusan yang mengandungi patung itu di depoh kargo udara Perth.

Patung itu dibeli di dalam talian dan dikirimkan ke tempat kediaman lelaki itu di Beckenham, di pinggir Perth.

Berita Popular

Sekitar dua minggu kemudian, penyiasat menangkap warga Singapura itu.

Mereka turut merampas telefon bimbit, komputer meja, komputer riba dan cakera komputer yang dimiliki lelaki tersebut.

Barangan itu diserahkan kepada polis, yang menggunakan kaedah forensik untuk mengenal pasti bahan menganiaya kanak-kanak di dalamnya.

Di Australia, mereka yang mengimport patung seks kanak-kanak boleh dipenjarakan sehingga 10 tahun dan didenda A$555,000 ($580,000).

Warga Singapura itu selanjutnya mengaku bersalah kepada satu tuduhan mengimport barangan dilarang - termasuk patung seks mirip remaja berusia 18 tahun dan ke bawah - dan satu lagi tuduhan memiliki bahan elektronik yang menganiayai kanak-kanak.

Meskipun pelajar berusia 27 tahun itu telah dibebaskan tanpa menjalani hukuman penjara, status imigresennya - beliau di Australia menggunakan visa pelajar - kini disemak, kata kenyataan tersebut.

"Kerajaan Australia menganggap serius tanggungjawabnya untuk melindungi masyarakat Australia daripada risiko atau bahaya daripada orang yang bukan warga yang melibatkan diri dalam jenayah atau perbuatan yang mencetuskan keprihatinan.

"Orang bukan warga yang tidak memiliki visa sah boleh ditahan atau diperintah keluar dari Australia, selepas sebarang kes yang melibatkannya dihuraikan," kata kenyataan tersebut.

Di Singapura, adalah satu jenayah untuk memiliki, menghasilkan atau menjual patung seks kanak-kanak - yang mirip kanak-kanak berusia 16 tahun dan ke bawah - sejak 1 Januari 2020.

Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan penjara dua tahun dan didenda.

Patung seks dewasa dibenarkan.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map