Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Individu 30 tahun ke atas yang layak boleh langsung terima vaksin penggalak Moderna di 9 CC tanpa janji temu

Oct 30, 2021 | 06:20 PM



MULAI Isnin (1 November), semua individu berusia 30 tahun ke atas boleh berkunjung ke Pusat Vaksinasi Moderna bagi mendapatkan suntikan penggalak atau ‘booster’ tanpa janji temu.



Peluang ini dibuka bagi warga Singapura, penduduk tetap dan pemegang pas lawatan jangka panjang yang sudah menerima dua suntikan pertama vaksin mRNA,  Pfizer-BioNTech/Comirnaty atau Moderna, sekurang-kurangnya enam bulan lalu.



Buat masa ini, warga emas berusia 60 tahun ke atas sudah boleh ke mana-mana pusat vaksinasi tanpa janji temu awal untuk menerima suntikan penggalak ini.



Menjelaskan demikian dalam kenyataannya pada Sabtu (30 Oktober) , Kementerian Kesihatan (MOH) menggalak semua yang layak dan belum mengambil suntikan penggalak mereka agar tampil mendapatkannya demi perlindungan terbaik buat diri sendiri dan orang tersayang apabila Singapura menuju ke fasa kehidupan bersama Covid-19.



Menurut MOH lagi, langkah ini dibuat melihat pada kapasiti secukupnya di Pusat Vaksinasi Moderna bagi membolehkan orang ramai datang tanpa janji temu awal dengan peluang mempercepatkan lagi program penggalak lantas memudahkan individu mendapatkan suntikan penggalak dengan lebih segera.



Pusat vaksinasi yang menawarkan suntikan penggalak Moderna adalah di kelab masyarakat (CC) Buona Vista, Hong Kah North, Kebun Baru, Potong Pasir, Punggol 21, Radin Mas, Tampines East, Woodlands dan Yew Tee.



Dalam pada itu, Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) mengumumkan pada 23 Oktober lalu bahawa vaksin Sinovac-CoronaVac akan disertakan dalam Program Vaksinasi Nasional (NVP).



Sejak Sabtu, individu boleh membuat janji temu bagi menerima suntikan vaksin ini di Pusat Konvensyen Raffles City.



Warga emas berusia 60 tahun ke atas juga boleh mendapatkannya tanpa janji temu awal kerana ini akan banyak memperluas kapasiti selain yang diusahakan klinik swasta dan institusi jagaan kesihatan awam yang mentadbir vaksin SinovacCoronaVac bagi pihak MOH.



Menurut MOH lagi, kajian yang dilakukan menunjukkan suntikan penggalak ini memberi perlindungan tambahan yang ketara bagi menentang jangkitan Covid-19 dan penyakit serius.



“Berbanding dengan individu yang layak bagi mendapatkan suntikan penggalak ini tetapi belum lagi menerimanya, suntikan penggalak ini lebih mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 sekitar 70 peratus dengan risiko jangkitan teruk sekitar 90 peratus.



“Perlindungan ini adalah tambahan pada perlindungan dua dos suntikan vaksin mRNA yang awal diterima di bawah NVP,” jelas kenyataan itu lagi.



Vaksinasi penggalak bagi semua pekerja migran yang menetap di dormitori dan bukan dormitori yang merupakan pemegang permit kerja di dalam sektor binaan, kelautan dan pemproses akan dikendalikan Kementerian Tenaga Manusia (MOM), jelas MOH.



Mengenai vaksin Sinovac-CoronoVac, MOH berkata mereka yang belum mengambil sebarang vaksinasi Covid-19 dan ingin mendapatkan suntikan Sinovac-CoronaVac boleh mendaftar di laman www.vaccine.gov.sg mulai Sabtu (30 Oktober).



Sejurus mendaftarkan nama mereka, pesanan SMS dengan pautan tempahan peribadi akan dikirimkan kepada nombor telefon bimbit yang digunakan bagi mendaftarkan janji temu ini di pusat vaksinasi di Pusat Konvensyen Raffles City atau salah satu daripada 11 Klinik Kesediaan Kesihatan Awam yang menawarkan Sinovac-CoronaVac.



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >