Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Individu divaksin yang maut akibat Covid-19 hadapi masalah perubatan lain

Janil: Masalah itu seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, barah, dan penyakit jantung, paru-paru atau ginjal
Nov 02, 2021 | 05:30 AM



HAMPIR semua individu divaksin sepenuhnya yang meninggal dunia akibat Covid-19 mengalami masalah perubatan lain, seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, barah, dan penyakit jantung, paru-paru atau ginjal, kata Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Janil Puthucheary.



Mereka membentuk 28 peratus daripada semua kematian akibat virus itu di Singapura manakala baki 72 peratus pesakit yang meninggal dunia belum mendapat vaksinasi penuh mereka.



Sejauh ini, terdapat 407 kematian akibat Covid-19 di Singapura, dengan hampir 95 peratus yang maut dalam tempoh enam bulan lalu merupakan warga emas berusia 60 tahun dan ke atas.



"Masalah perubatan tersembunyi menambahkan risiko, meskipun jika keadaan mereka dikawal dengan baik sebelum pesakit dijangkiti Covid-19, terutamanya jika pesakit seorang warga emas," kata Dr Janil dalam kenyataan menterinya di Parlimen semalam.



Daripada 407 kematian sejauh ini, Dr Janil berkata 395 daripada mereka meninggal dunia di hospital, lapan di rumah dan empat di sebuah kemudahan penjagaan.



Beliau menambah bahawa jumlah kematian telah meningkat dalam tempoh dua bulan lalu sedang jumlah keseluruhan kes Covid-19 meningkat di sini.



Dalam pada itu, Dr Janil berkata belum ada maklumat kukuh mengenai kesan kesihatan jangka panjang Covid-19.



Menurut dapatan tinjauan Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID), satu dalam 10 pesakit Covid-19 yang pulih daripada jangkitan awal terus menunjukkan gejala seperti batuk atau sesak nafas enam bulan selepas pulih daripada penyakit akut itu.



Tinjauan yang dijalankan di United Kingdom (UK) pula mendapati mereka yang divaksin separuh kemungkinan terus mengalami gejala sekitar sebulan selepas jangkitan Covid-19 berbanding mereka yang belum divaksin.



Dr Janil turut berkata meskipun kebanyakan pesakit di sini pulih sepenuhnya daripada Covid-19, terdapat kes di mana pesakit telah dijangkiti semula.



Sebanyak 32 kes jangkitan semula telah dikesan sehingga pertengahan Ogos lalu dan kesemuanya belum divaksin.



"Risiko tidak divaksin adalah tinggi.



"Berbanding mereka yang telah divaksin, seseorang yang berusia 60 tahun dan ke atas dan belum divaksin enam kali lebih berkemungkinan memerlukan oksigen, lapan kali lebih berkemungkinan jatuh sakit teruk dan memerlukan ICU (unit jagaan rapi), dan 17 kali lebih berkemungkinan meninggal dunia," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >