Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Individu yang layak boleh buat janji temu bagi vaksin Nuvaxovid

May 14, 2022 | 05:30 AM



BERMULA semalam, individu berusia 18 tahun ke atas yang boleh menerima vaksinasi Covid-19 termasuk suntikan penggalak boleh membuat janji temu untuk mendapatkan vaksin bukan mRNA, Nuvaxovid Covid-19 oleh Novavax.



Mereka boleh mendapatkan suntikan tersebut di Pusat Ujian dan Vaksinasi Bersama (JTVC) Bishan di bekas tapak Sekolah Menengah Bishan Park, atau mana-mana 20 Klinik Kesediaan Kesihatan Awam (PHPC) yang mengambil bahagian.



PHPC akan menawarkan vaksin Nuvaxovid bermula 18 Mei 2022, sementara JTVC Bishan akan menawarkannya bermula 24 Mei 2022, umum Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.



Mereka yang berminat mendapatkan vaksin tersebut boleh mendaftar di vaccine.gov.sg.



MOH berkata SMS dengan pautan tempahan peribadi akan dihantar kepada nombor telefon berdaftar bagi individu membuat janji temu di Sistem Janji Temu Nasional.



Mereka yang mempunyai SMS sedia ada boleh menggunakan pautan yang diberikan dalam SMS tersebut untuk membuat janji temu vaksinasi Nuvaxovid mereka.



"Seperti yang disyorkan oleh Jawatankuasa Pakar Vaksinasi Covid-19, individu berumur 18 tahun ke atas boleh menerima vaksin Nuvaxovid untuk siri utama atau vaksin penggalak mereka, walaupun vaksin mRNA kekal sebagai vaksin pilihan kerana keberkesanannya yang lebih tinggi dan tindak balas imun yang lebih kuat yang dihasilkan.



"Mereka yang tidak layak secara perubatan untuk menerima vaksin mRNA harus mempertimbangkan Nuvaxovid," kata MOH.



Kementerian itu menambah bahawa di bawah Program Vaksinasi Nasional, vaksin Sinovac-Coronvac hanya akan diberikan sebagai penggalak kepada individu yang tidak layak secara perubatan untuk mendapatkan vaksin mRNA dan Nuvaxovid.



Individu berusia 18 tahun ke atas dianggap tidak layak secara perubatan untuk menerima vaksin mRNA, Nuvaxovid dan Sinovac-Coronvac untuk dianggap tidak layak menerima vaksinasi Covid-19 di Singapura dan akan dikecualikan daripada Langkah Pengurusan Selamat yang Dibezakan dengan Vaksinasi.



Memo ketidaklayakan perubatan yang diberikan sebelum 1 Jun 2022 akan luput pada 1 Ogos 2022.



Memo ketidaklayakan perubatan yang dikeluarkan pada 1 Jun 2022 dan seterusnya akan dianggap sah dan diperlukan untuk individu ini mengekalkan status vaksinasi mereka melepasi 1 Ogos 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >