Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:10
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Indo bersiap hadapi ancaman pandemik terburuk, jangkitan harian cecah 40,000

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Indo bersiap hadapi ancaman pandemik terburuk, jangkitan harian cecah 40,000

Turut pesan 10,000 unit pemekat oksigen dari Singapura
Jul 07, 2021 | 05:30 AM

INDONESIA sedang bersiap untuk menghadapi keadaan terburuk dengan jangkitan koronavirus harian mencapai lebih 40,000 - dengan menyediakan kemudahan kesihatan sandaran dan memesan oksigen dari negara jiran termasuk Singapura.

Dengan kes baru mencapai 29,745, termasuk lebih 558 kematian, kelmarin, negara itu sedang bergelut untuk membendung wabak tersebut dan memastikan sistem kesihatannya yang rapuh tidak runtuh, lapor The Straits Times.

Sejauh ini, Indonesia telah mencatat lebih 2.31 juta kes, termasuk lebih daripada 61,000 kematian, menjadikannya negara yang paling teruk terjejas di rantau ini.

Dengan wabak itu dijangka bertambah buruk, Menteri Penyelaras bagi Pelaburan dan Ehwal Maritim, Encik Luhut Pandjaitan, di sidang media maya semalam berkata Indonesia telah membuat persiapan menyeluruh berkenaan kemudahan hospital, ubat-ubatan dan oksigen.

Indonesia juga telah "berkomunikasi dengan Singapura, China dan sumber lain", katanya.

"Kami telah memesan 10,000 unit pemekat oksigen dari Singapura, dan ada yang dalam perjalanan menggunakan pesawat Hercules," tambahnya.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, pemekat oksigen adalah alat perubatan berkuasa elektrik yang direka untuk memekatkan oksigen daripada udara sekitar.

Encik Luhut berkata oksigen yang dihasilkan mesin-mesin itu dapat membantu kes Covid-19 yang lebih ringan.

Pesakit dengan simptom lebih serius seperti pesakit di unit jagaan rapi akan menerima oksigen perubatan yang telah ditukarkan daripada oksigen perindustrian.

"Kami telah membayangkan senario terburuk. Sekiranya kes melebihi 40,000, apa yang akan kami lakukan mengenai bekalan oksigen, ubat-ubatan, dan keperluan hospital? Kami telah membuat pengiraan," tambahnya.

Encik Luhut berkata infrastruktur penginapan, termasuk bangunan yang tidak digunakan, dapat diubah menjadi kemudahan pengasingan dalam keadaan terburuk.

Menteri Kesihatan Budi Gunadi Sadikin semalam berkata pemerintah menambah hampir 8,000 katil baru di wilayah Jakarta Raya, dan sedang memantau kepulauan Kalimantan dan Sumatera dengan teliti, lapor Associated Press.

Kepulauan Bali dan Jawa - yang mencatat 70 peratus jumlah jangkitan di negara itu - di bawah sekatan hingga 20 Julai untuk mengekang penyebaran virus yang cepat.

Penyebaran pesat itu berpunca daripada perjalanan besar-besaran semasa musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dan varian Delta yang sangat menular, yang pertama kali dikenal pasti di India.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3