Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Indonesia dilulus sebagai pembekal ayam beku dan dingin ke S'pura

Jun 30, 2022 | 06:27 PM



SINGAPURA tidak lama lagi dapat menerima bekalan ayam dari Indonesia.



Dalam satu pos Facebook pada Khamis (30 Jun), Agensi Makanan Singapura (SFA) berkata, Indonesia telah disahkan sebagai sumber baru ayam beku, ayam dingin dan ayam proses bagi Singapura.



SFA menambah ayam yang disahkan dari pihak Indonesia kini boleh diimport. Sumber sedia ada di Singapura termasuk Brazil, Thailand dan Australia.



Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, mengulas di Facebook sambil berkata, menambah Indonesia kepada senarai 20 negara yang mengeksport ayam ke Singapura adalah satu lagi langkah yang diambil negara ini bagi mempelbagaikan bekalannya dan memperkukuh kebingkasan dalam bekalan makanan.



"Bekalan global akan diteruskan untuk menghadapi ketindaktentuan dan kita harus secara psikologi bersedia bagi lebih banyak gangguan dan turun naik harga.



"Sementara pemerintah mengambil perancangan jangka panjang dan tindakan proaktif bagi melindungi bekalan makanan Singapura, pelanggan dan industri makanan juga mempunyai peranan penting untuk dimainkan," katanya.



Cik Fu menambah sikap fleksibel dengan pemilihan makanan dan kesediaan mengubah pada produk alternatif apabila perlu juga membantu menambah kebingkasan Singapura.



Pengumuman bahawa Singapura mempunyai satu lagi sumber ayam datang tepat pada masanya memandangkan larangan eksport ayam dari Malaysia yang bermula pada 1 Jun masih lagi berkuatkuasa.



Eksport ayam terhenti agar harga dan bekalan boleh dimantapkan dahulu di Malaysia.



Walaupun Malaysia sejak pengumuman itu membenarkan eksport ayam kampung dan hitam, daging ayam yang lebih dimampui dan biasanya membentuk sebahagian besar import ayam Singapura dari Malaysia masih dilarang.



Menurut SFA, 34 peratus bekalan ayam dari Singapura datang dari Malaysia. Kebanyakan ayam yang diimport adalah ayam hidup yang kemudian disembelih di sini.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >