Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Indonesia jangka ketua negara anggota akan sertai sidang G20 pada Nov

Oct 15, 2022 | 05:30 AM



JAKARTA: Indonesia, selaku tuan rumah persidangan Kumpulan 20 (G20) tahun ini, menjangka para pemimpin semua negara anggota akan menyertai sidang kemuncak pada November ini, kata Menteri Luar Indonesia, Cik Retno Marsudi kelmarin.



Sejauh ini, tiada negara yang menyatakan tidak akan menghadirinya, kata pemimpin bersama G20 di Indonesia, Encik Dian Triansyah Djani.



Tetapi beliau menambah bahawa, seperti yang berlaku di lain-lain sidang kemuncak, pengesahan kehadiran peserta dibuat "pada saat-saat akhir."



Mesyuarat di kalangan ketua-ketua negara dan pemerintah itu akan diadakan di pulau peranginan Bali pada 15 dan 16 November.



Khabar-khabar yang berligar mengatakan sama ada pemimpin Russia, Encik Vladimir Putin sendiri akan menghadiri sidang kemuncak itu, ekoran peperangan antara Russia dan Ukraine masih berterusan.



Kremlin, pada Rabu lalu, enggan mengulas tentang kehadiran Encik Putin nanti.



"Beberapa forum antarabangsa yang besar sudah dirancangkan bagi sidang kemuncak November itu," kata pembantu presiden bagi ehwal luar, Encik Yuri Ushakov, yang dipetik oleh agensi berita Reuters.



"Masih ada banyak masa lagi sebelum G20 ini berlangsung - kami akan tunggu dan lihat," ujarnya.



Pada awal Ogos, Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, telah memberitahu agensi berita Bloomberg bahawa Encik Putin dan Presiden China, Encik Xi Jinping, telah mengesahkan kehadiran mereka ke sidang kemuncak itu.



Sebagai presiden G-20, Encik Widodo, yang telah berkunjung ke Moscow pada 30 Jun lalu untuk menyampaikan sendiri undangan kepada Encik Putin, juga turut mengundang Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky.



Ukraine bukan negara anggota G20.



Menteri Luar Russia, Encik Sergei Lavrov, berkata satu mesyuarat antara Encik Putin dan Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, pada sela sela sidang kemuncak G20 itu akan dipertimbangkan sekiranya ia disarankan, lapor agensi berita Russia, Tass, pada Selasa lalu.



Ketika ditanya sama ada beliau akan bertemu Encik Putin semasa sidang G-u, Encik Biden memberitahu CNN pada Rabu lalu:



" Saya fikir beliau (Encik Putin) sudah melakukan jenayah perang.



"Saya tidak nampak sebarang rasional untuk bertemunya sekarang."



Sebagai tuan rumah, Indonesia berasa seperti didesak oleh beberapa buah negara anggota supaya mengecualikan Moscow.



Bagaimanapun, presiden G20 telah menolak gesaan seperti, dan malah, meningkatkan kempen diplomatik dengan semua negara anggota.



Indonesia berhasil menghimpun semua menteri luar daripada 20 buah negara kuasa besar ekonomi, di Bali pada 7 dan 8 Julai lalu, di mana Encik Lavrov dan beberapa pengkritik tegar Russia - kerana melancarkan serangan ke atas Ukraine - telah bertemu muka buat pertama kalinya sejak perang itu meletus pada 24 Februari.



Encik Retno akui adanya perbezaan dan persaingan yang tidak dapat dielakkan dari segi hubungan di kalangan negara anggota.



Tetapi kebijaksanaan dan tanggungjawab adalah perlu bagi mengelakkan kesan kemusnahan terhadap kerjasama yang bermanfaat dalam arena antarabangsa, ujar beliau.



"Tugas Indonesia selaku presiden G20 adalah menguruskan perjalanan mesyuarat ini supaya mereka tidak memusnahkan kumpulan ini, ujar beliau lagi.



Beliau juga menarik perhatian tentang pelbagai cabaran yang timbul dalam pelbagai krisis yang dihadapi oleh dunia, seperti Covid-19, peperangan di Ukraine, ketegangan geopolitik serta krisis makanan, tenaga dan kewangan.



"Kejayaan G20 tidak bergantung kepada satu atau dua buah negara, tetapi semua negara anggota. Kita perlukan tanggungjawab bersama agar G20 berhasil."



Indonesia telah mengenal pasti tiga isu untuk diberikan tumpuan secara bersama tahun ini iaitu: perkukuh struktur kesihatan global, beralih kepada tenaga yang boleh dinakan semula dan percepat pembaharuan teknologi digital. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >