Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Indonesia rancang gelembung perjalanan antara Batam, Bintan dengan S'pura

Jan 25, 2022 | 05:30 AM



BINTAN dan Batam, dua pulau pelancongan popular di Indonesia, sedang memperhalusi rancangan membuka semula sempadannya kepada pelancong dari Singapura.



Menteri Penyelaras bagi Ehwal Ekonomi Indonesia, Encik Airlangga Hartarto, semalam berkata pemerintah Indonesia sedang bersedia untuk melancarkan gelembung perjalanan kerana bilangan kes Covid-19 di kededua pulau itu kini terkawal.



Semua protokol yang diperlukan bagi mengadakan gelembung perjalanan itu telah diadakan, kata beliau.



"Pemerintah Indonesia sedang menggalak penubuhan gelembung perjalanan antara Batam, Bintan dengan Singapura... ini akan membantu merancakkan pelancongan," kata Encik Airlangga.



Beliau, bagaimanapun, tidak memberi tarikh bagi pembukaan semula itu.



Pengumuman itu dilakukan menjelang Rahat Pemimpin antara Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong, dan Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, hari ini.



Di bawah aturan tersebut, pelawat dari Singapura dibenarkan memasuki Indonesia menerusi terminal feri Nongsapura di Batam dan terminal feri Bandar Bentan Telani di Bintan.



Pelawat harus sudah menerima vaksin Covid-19 penuh dan berada di Singapura sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tiba di Indonesia, menurut risalah yang dikeluarkan oleh pasukan bertindak bagi Covid-19 di Indonesia.



Mereka juga harus menunjukkan hasil ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) negatif yang diambil tiga hari sebelum berlepas dari Singapura dan menjalani satu lagi ujian setiba di Indonesia.



Pelawat diuji positif tanpa gejala atau dengan gejala ringan akan dirujuk ke kemudahan pengasingan. Mereka yang mempunyai gejala sederhana atau teruk akan dirujuk ke hospital.



Syarat lain di bawah gelembung perjalanan itu termasuk pakej insurans percutian yang akan meliputi rawatan hospital bernilai $30,000 bagi pelawat.



Awal dari itu, Singapura, secara sepihak telah mengumumkan Laluan Perjalanan bagi yang Sudah Menjalani Vaksinasi (VTL) dengan Indonesia pada 29 November.



Satu pemeriksaan akhbar The Straits Times (ST) kelmarin di terminal feri Bandar Bintan Telani menunjukkan beberapa pekerja pelabuhan sedang membuat persiapan bagi menerima ketibaan pelawat dari Singapura.



Beberapa meja ujian RT-PCR telah disediakan dan poster yang meminta pendatang muat turun aplikasi PeduliLindungi - serupa TraceTogether di Singapura - juga ditampal di serata terminal itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >