Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BEKALAN AYAM DARI INDONESIA

Indonesia sedia bekal ayam ke SG dari Batam

Jul 22, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH ladang yang boleh membekalkan ayam hidup kepada Singapura mungkin ditubuhkan di Batam sekiranya terdapat permintaan yang baik.



Dengan lokasinya yang terletak di Batam, ini juga bermakna Singapura tidak perlu menunggu masa penghantaran yang lama untuk mendapatkan ayam hidup.



Demikian menurut Duta Indonesia ke Singapura, Encik Suryo Pratomo semalam ketika ditemui di kemudahan Leong Hup Distribution di Fishery Port Road yang menerima penghantaran ayam beku pertama dari Indonesia.



"Konsainan ini adalah dari Jakarta tetapi kita perlu lihat dahulu sejauh mana permintaannya di Singapura. Saya sudah berbincang dengan beberapa pengeluar di Indonesia dan mereka merancang menubuhkan ladang di Batam," kongsi beliau.



Beliau berharap dapat mengetahui sebesar mana permintaannya di Singapura menjelang tahun depan supaya mereka dapat menentukan saiz ladang yang ingin ditubuhkan, katanya lagi.



Semalam menandakan kali pertama Indonesia membekalkan ayam kepada Singapura.



Sejauh ini, Indonesia mengeksport sekitar 50,000 telur masin sebulan ke Singapura.



Menurut pengarah perolehan Leong Hup, Encik Alfred Leek, ayam yang diimport dari Indonesia mengambil masa pelayaran sekitar tiga hari, berbanding dengan Brazil dan Amerika Syarikat yang mengambil masa 30 hingga 60 hari.



Beliau menambah bahawa bekalan ayam seterusnya dari Jakarta akan tiba dalam masa empat hingga enam minggu.



Selain Indonesia, Leong Hup kini mengimport ayam dari Brazil, Argentina, Amerika Syarikat dan Thailand.



Encik Leek berkata ayam beku halal dari Indonesia ini berlainan dari ayam beku yang diimport dari negara lain.



Menurutnya, ayam dari Indonesia beratnya 2.2 kilogram (kg) hingga 2.3kg berbanding negara lain yang beratnya 1.5kg hingga 1.6kg.



Disebabkan saiz ayam yang lebih besar, Encik Leek menjangka mereka akan menjual kebanyakan ayam itu kepada penjual nasi ayam dan pelanggan lain, daripada pasar raya.



"Ini merupakan kali pertama kami membawa masuk ayam bersama kepala dan kakinya. Jadi, industri kini mempunyai pilihan baru.



"Ia memberi pelanggan satu lagi pilihan dalam keadaan di mana terdapat gangguan dalam bekalan.



"Menerusi maklum balas daripada masyarakat, kami yakin ini (ayam beku dari Indonesia) akan diterima dengan baik," kata Encik Leek kepada wartawan di Leong Hup Distribution.



Ditanya jika harga ayam dari Indonesia adalah lebih rendah dari negara lain, beliau berkata ia sukar dibandingkan memandangkan saiznya yang berbeza.



"Kami akan meletakkan harga berdasarkan apa yang pasaran boleh bayar dan melihat sambutannya terhadap produk itu,'' tambahnya.



Mengenai status halal ayam yang dibawa masuk, Encik Leek berkata semua ayam yang diimport oleh syarikatnya itu mempunyai sijil halal Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



Menyentuh tentang pengurusan ayam yang dihantar, Encik Leek berkata syarikatnya memanfaatkan kemudahan automatik mereka di mana kawalan operasi dilakukan dari pejabat.



Pada 30 Jun lalu, Agensi Makanan Singapura (SFA) meluluskan Indonesia sebagai sumber baru daging ayam beku, sejuk dan diproses untuk Singapura. Ini menyusuli larangan eksport yang dikenakan Malaysia sejak 1 Jun lalu.



Sebelum larangan eksport, Singapura mengimport kira-kira 34 peratus, atau hampir 73,000 tan, daripada bekalan ayamnya dari Malaysia pada 2021, menurut data SFA.



Hampir semua ayam Malaysia yang diimport ke Singapura tiba sebagai ayam hidup yang kemudiannya disembelih dan disejukkan di Singapura.



Walaupun Malaysia telah membenarkan eksport ayam hitam dan ayam kampung, eksport jenis ayam segar biasa ke Singapura, iaitu jenis ayam yang paling banyak dibawa masuk ke sini, tetap dilarang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >