Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Indonesia, SG jalin kerjasama sedia bayaran kod QR

Aug 30, 2022 | 05:30 AM



INDONESIA dan Singapura telah memulakan usaha menyediakan bayaran kod Respons Pantas (QR) atau pautan kod QR rentas sempadan antara kededua pihak, sebagai sebahagian usaha mempermudah pembayaran dalam kalangan anggota negara Asean.



Dalam satu kenyataan bersama, Bank Indonesia (BI) dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) berkata keterkaitan pembayaran antara Indonesia dan Singapura ini akan memperkasakan individu dan perniagaan, terutamanya perusahaan mikro, syarikat kecil dan sederhana, untuk menjalankan perdagangan rentas sempadan. Ia juga boleh mempermudah urusan e-dagang dan kegiatan kewangan lain dengan lebih cekap.



Pautan kod QR, yang disasarkan akan dilancarkan pada separuh kedua 2023, akan membolehkan pengguna membuat pembayaran runcit segera, selamat dan cekap dengan mengimbas Kod Respons Pantas Piawaian Indonesia atau kod QR NETS Singapura yang ditunjukkan oleh peniaga, kata BI dan MAS



Kedua-dua bank pusat juga menandatangani memorandum persefahaman untuk menggalakkan penggunaan mata wang tempatan dalam urus niaga dua hala, seperti perdagangan dan pelaburan langsung, kata BI dan MAS. Ini boleh membantu perniagaan mengurangkan pendedahan kepada risiko kadar pertukaran dan kos menjalankan transaksi dua hala.



Gabenor BI, Encik Perry Warjiyo berkata:



"Semasa Presidensi G20 Indonesia pada 2022 dan Mesyuarat Gabenor Bank Pusat ASEAN pada April 2022, pembayaran digital dan pembayaran rentas sempadan telah menjadi agenda utama. Inisiatif ini yang menghubungkan pembayaran rentas sempadan menggunakan kod pembayaran QR nasional antara dua negara, mewakili satu lagi pencapaian Pelan Tindakan Sistem Pembayaran Indonesia 2025, dan juga disepadukan dengan rangka kerja untuk mempromosikan penggunaan mata wang tempatan."



Beliau menambah usaha itu juga menyediakan lebih banyak pilihan untuk pengguna dalam urus niaga pembayaran rentas sempadan dan berfungsi sebagai kunci meningkatkan kecekapan transaksi, menggalakkan rangkuman ekonomi dan kewangan digital.



"(Ia juga akan) mengukuhkan kestabilan makroekonomi dengan menggalakkan penggunaan mata wang tempatan. Bank Indonesia percaya bahawa inisiatif itu menandakan peristiwa penting dalam mengukuhkan kerjasama kewangan dua hala antara Singapura dan Indonesia." kata Encik Warijiyo.



Pengarah Urusan MAS, Encik Ravi Menon, pula berkata kesalinghubungan pembayaran kod QR QRIS-NETS adalah satu detik penting dalam matlamat ASEAN mewujudkan integrasi pembayaran serantau menjelang 2025.



"Ia juga menyokong koridor perdagangan rentas sempadan yang rancak di rantau ini. Hubungan ini juga sejajar dengan usaha G20 menangani kesukaran sedia ada dalam pembayaran rentas sempadan global dan menyokong pemulihan dan pertumbuhan ekonomi pascapandemik.



"MOU menggalakkan penggunaan mata wang tempatan untuk transaksi dua hala melengkapkan keterkaitan pembayaran kod QR QRIS-NETS kerana ia akan memudahkan lagi transaksi dua hala antara Singapura dan Indonesia dalam mata wang tempatan masing-masing," kata Encik Menon.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >