Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Indonesia tahan bot yang diketuai kapten warga Singapura

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Indonesia tahan bot yang diketuai kapten warga Singapura

Bot
Apr 19, 2016 | 10:26 AM

JAKARTA: Tentera laut Indonesia telah menahan sebuah bot yang diketuai seorang warga Singapura kerana didakwa menangkap ikan di perairan Indonesia tanpa kebenaran.

Bot itu dipintas sekitar 7.30 malam pada Ahad (17 Apr) di sekitar perairan Tanjung Berakit di pulau Bintan, menurut laman web berita detik.com.

Ia mempunyai empat anak kapal, iaitu warga Singapura tersebut dan tiga warga Indonesia, kata komander tentera laut di Tanjung Pinang, Komodor S. Irawan, kepada akhbar The Straits Times.

Terdapat juga 13 penumpang - enam warga Singapura dan tujuh rakyat Malaysia.

Mereka kini ditahan di pusat tahanan pangkalan tentera laut Tanjung Pinang di Bintan.

Anak kapal itu akan didakwa kerana ditangkap menangkap ikan tanpa permit di perairan Indonesia, kata Encik Irawan.

"Semasa soal siasat, mereka memberi maklumat tidak konsisten. Pertama, mereka berkata mereka hanya melalui di situ dan ditolak air pasang ke perairan Indonesia. Kemudian, mereka berkata mereka sedang menangkap ikan," katanya.

Laporan detik.com berkata bot itu adalah bot Indonesia.

Laman web tersebut memetik jurucakap tentera laut sebagai berkata kapten warga Singapura itu ialah Encik Shu Chuan Huat.

"Semua penumpang akan dihantar pulang, tetapi kami belum memutuskan masanya. Anak kapal akan didakwa di bawah undang-undang perikanan. Kami mungkin menenggelamkan bot itu; kami akan melaporkan kejadian ini kepada pihak atasan kami. Kami melayan mereka semua dengan baik," ujar Encik Irawan.

Beliau berkata bot itu sedang diperiksa dan penyiasat juga sedang menyiasat kemungkinan ia dikaitkan dengan perdagangan dadah haram.

Penahanan bot itu mengikuti dasar tegas yang dilaksana Indonesia sejak dua tahun lalu untuk mengekang pemburuan haram di perairannya yang luas.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3