Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PESAWAT QZ8501 HILANG

Indonesia terima bantuan Singapura cari pesawat AirAsia yang hilang

Dec 28, 2014 | 06:37 PM



SINGAPURA telah mengerahkan sebuah pesawat C-130 Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) bagi membantu Indonesia dalam operasi mengesan dan mencari pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang pagi tadi.


Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dalam satu kenyataan berkata Indonesia telah menerima tawaran Singapura untuk membantu dalam usaha mengesan dan mencari pesawat yang hilang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura itu.


Menurut kenyataan itu, Pusat Penyelarasan Menyelamat (RCC) Singapura, yang diuruskan CAAS dan disokong pelbagai agensi termasuk RSAF dan Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) telah menawarkan bantuan kepada Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan Indonesia (Basarnas) sekitar 930 pagi semalam. 


“Kami telah menawarkan pesawat dan kapal kami untuk membantu dalam pencarian, dan menerima pengesahan daripada pihak berkuasa Indonesia petang ini (semalam) pada 2.30 petang untuk menerima tawaran kami, dengan meminta satu C-130 buat masa ini. 


Kami telah melancarkannya bagi membantu dengan usaha mengesan dan mencari,” kata CAAS.


Singapura sebelum itu telah menawarkan dua pesawat RSAF C-130 bagi membantu Indonesia mencari dan mengesan pesawat tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >