Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:30

Indonesia timbang hantar dron, kapal selam demi kukuh kedudukan di Natuna

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Indonesia timbang hantar dron, kapal selam demi kukuh kedudukan di Natuna

Oct 08, 2015 | 05:50 PM

HONG KONG/JAKARTA - Indonesia sedang menimbangkan untuk mengerahkan dron dan kapal selam bagi mengukuhkan kedudukannya di perairan sekitar Kepulauan Natuna, sebagai respons kepada kehadiran tentera China yang semakin meningkat di Laut China Selatan.

Demikian dinyatakan Menteri Penyelaras bagi Ehwal Politik, Undang-Undang dan Keselamatan Indonesia, Jeneral (Bersara) Luhut Panjaitan, semasa memberi pandangannya dalam artikel di akhbar Kompas semalam (7 Oktober).

Pandangan tersebut mewakili kenyataan paling berterus terang Indonesia terhadap tuntutan China di perairan tersebut.

Ia juga mencerminkan keadaan tidak selesa dalam pemerintah negara itu, walaupun ia menegaskan Indonesia bukan pihak yang terlibat dalam pertikaian serantau itu.

Jeneral (Bersara) Panjaitan berkata, Indonesia perlu menyesuaikan kedudukan pertahanannya bagi menghadapi "ancaman yang dijangka" itu selain ancaman daripada sekumpulan kecil pengikut IS di timur negara itu. - Bloomberg

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3