Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Indranee: Beli hartanah yang hanya dimampui

Feb 24, 2021 | 05:30 AM



BAKAL pembeli hartanah patut membeli hanya apa yang mereka mampu di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua Kewangan dan Pembangunan Negara, Cik Indranee Rajah, semalam.



Dalam pada itu, pemaju patut kekal berhemah dalam pembidaan tanah dan tidak terlalu membebankan diri (overextend) mereka dari segi kewangan.



Berucap di acara meraikan Festival Musim Bunga Persatuan Pemaju Hartanah Singapura (Redas) yang berlangsung di Hotel Fullerton, Cik Indranee berkata:



"Bakal pembeli hartanah patut peka tentang keupayaan mereka untuk membayar kewajipan gadai janji memandangkan masa depan ekonomi tidak menentu dan pemulihan berlarutan dalam pasaran buruh domestik, sebelum membuat komitmen kewangan jangka panjang.



"Kita semua mempunyai peranan dengan terus bersikap profesional, bertanggungjawab dan berhemah, dan tidak mengapi-apikan sentimen berlebih-lebihan dalam pasaran hartanah.



"Dalam jangka masa panjang, pasaran hartanah stabil akan memberi manfaat kepada semua pihak berkepentingan."



Menurutnya lagi, dalam membentuk masa depan sekitaran terbina Singapura, perlu untuk mempercepat transformasi seluruh sektor tersebut bagi memperbaiki produktiviti.



Contohnya, untuk meningkatkan koordinasi, lebih banyak alat digital boleh digunakan.



Pemaju memainkan peranan penting dalam proses transformasi keseluruhan, katanya.



"Kami menggalakkan anda untuk teruskan usaha inovasi dan penyelidikan anda, mempromosikan penggunaan teknologi, rekaan dan proses baru, dan bekerjasama dengan anggota lain dalam sektor itu," tambahnya.



Cik Indranee berkata pandemik yang sedang berlaku sekarang juga sedang mendorong mereka untuk lihat semula bagaimana bandar ini dirancang dan dibina.



Ini untuk memastikan ia lebih selamat dan berdaya tahan dalam menghadapi krisis.



Contohnya, dengan lebih ramai orang bekerja dari rumah, perubahan boleh dijangka dalam cara mereka ulang-alik, corak gaya hidup dan penggunaan runcit mereka.



Sementara beberapa perubahan adalah dalam jangka masa pendek, yang lain mungkin menjadi perubahan struktur tetap, dan perlu untuk bersikap responsif kepadanya.



Kata Cik Indranee, Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) akan mendekati warga Singapura lewat tahun ini untuk membincangkan aspirasi mereka bagi masa depan Singapura, dan mengumpulkan idea serta saranan untuk menghasilkan pelan jangka panjang bagi masa depan mampan dan dapat didiami.



Justeru, beliau mengalu-alu penyertaan pemaju untuk berkongsi maklum balas mereka tentang bagaimana landskap bandar Singapura boleh dibentuk bersama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >