Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Indranee bentang pendekatan pemimpin 4G atasi ketidaksamaan

Jul 18, 2019 | 05:16 PM



KEPIMPINAN generasi keempat Singapura akan terus memperkukuh sokongan bagi golongan kurang bernasib baik, dan memastikan setiap warga mempunyai peluang untuk meningkatkan kehidupan mereka, kata Menteri Kedua Pendidikan, Cik Indranee Rajah.





Pendekatan dua serampang itu penting dalam usaha untuk mengatasi ketidaksamaan dan memastikan mobiliti sosial, ujarnya.





Beliau berkata demikian di Persidangan Penyelidikan Khidmat Sosial (SSR) anjuran Universiti Nasional Singapura (NUS) pada hari Khamis (18 Julai).





“Sebagai rakyat Singapura, kita harus menjaga satu sama lain. Semua warga Singapura penting dan kita mahu semua berjaya.





“Singapura harus sentiasa menjadi masyarakat peluang untuk semua, sepanjang hayat, yang membolehkan semua untuk maju tidak kira garis permulaan, yang memberi warga Singapura peluang adil untuk memperbaiki kehidupan – memenuhi aspirasi dan mencari kebahagiaan – tidak kira latar belakang,” ujarnya.





Tambahnya, usaha menangani ketidaksamaan juga satu kepentingan nasional, kerana masyarakat akan berpecah belah jika jurang membesar antara miskin kaya menyebabkan sistem sosial yang bersusun lapis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >