Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Indranee beri peringatan tegas, Leong gagal bukti dakwaan VDS di sekolah

Jan 12, 2022 | 05:30 AM



KETUA Dewan, Cik Indranee Rajah, memberi peringatan tegas kepada Anggota Parlimen (AP) semalam selepas AP Tanpa Kawasan Undi (NCMP) daripada Parti Kemajuan Singapura (PSP), Encik Leong Mun Wai, gagal menghasilkan bukti kukuh untuk menyokong dakwaannya sebelum ini berhubung langkah pengurusan selamat berdasarkan status vaksinasi (VDS) di sekolah.



Mengingatkan AP bahawa mereka harus bersikap bertanggungjawab semasa menjalankan hak istimewa mereka untuk bercakap di Parlimen, Cik Indranee berkata Encik Leong telah mendakwa bahawa guru Kementerian Pendidikan (MOE) melaksana VDS kelmarin.



"Dakwaan itu dibuat secara umum dan mencemarkan nama guru secara keseluruhan," ujarnya.



Di Parlimen kelmarin, Encik Leong mendakwa beliau mendapat maklum balas daripada penduduk bahawa sesetengah guru sudah pun melaksana VDS di sekolah.



Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, kemudian memintanya berkongsi lebih banyak maklumat tentang siapakah guru dan sekolah manakah yang melaksana VDS supaya tindakan susulan dapat diambil.



Encik Leong berkata beliau akan memberi respons kemudian.



Encik Chan bagaimanapun berkata pemerintah tidak mempunyai rancangan untuk melaksana VDS di sekolah sekarang antara lain untuk membolehkan pelajar menyertai kurikulum teras dalam kegiatan sekolah.



Di Parlimen semalam, Encik Leong tidak menjelaskan nama sekolah dan guru yang dimaksudkannya.



Sebaliknya, beliau berkata beliau mendapatkan maklumat bahawa VDS mungkin dilaksana di sesetengah sekolah itu menerusi tangkap layar daripada sebuah kumpulan Telegram bernama 'SG Concerned Parents' yang dihantar kepadanya oleh seorang teman Facebook beliau.



Apabila diminta Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin, berulang kali untuk menjelaskan maklumat tentang guru dan sekolah yang dimaksudkannya itu, Encik Leong berkata nama sekolah itu tidak disebut dalam tangkap layar yang diterimanya.



Namun tambahnya, ini merupakan maklumat umum dalam kumpulan Telegram yang mempunyai hampir 6,000 anggota.



Menekankan pentingnya mengemukakan bukti untuk menyokong dakwaan yang dibuat di Parlimen, Cik Indranee berkata:



"Kami telah melihat apa yang berlaku apabila AP membuat dakwaan tanpa disokong bukti kukuh atau bersifat tidak bertanggungjawab."



Tambahnya, Encik Leong gagal mendedahkan butiran yang diminta itu kerana beliau merujuk kepada perbualan di sebuah kumpulan Telegram yang tidak mempunyai butirannya.



"Sebagai AP yang bertanggungjawab, anda perlu memberi butiran kerana apabila anda... diberi kerusi di Dewan ini, anda perlu menjalankan tugas anda secara bertanggungjawab.



"Apabila anda membuat dakwaan terhadap guru secara umum, anda perlu menyokongnya dengan bukti dan sebab itulah Encik Chan meminta maklumat tentang sekolah dan guru itu supaya MOE boleh mengambil tindakan susulan... saya ingin mengingatkan AP bahawa mereka telah diberi hak istimewa untuk bercakap di Dewan ini dan hak itu perlu digunakan dengan bertanggungjawab," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >