Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Indranee: Pemerintah akan mula siri perbincangan dengan keluarga muda

Jan 02, 2021 | 05:30 AM



SATU siri perbincangan baru yang difokuskan kepada keluarga muda akan meneroka sama ada urusan bekerja dari rumah, yang sudah menjadi kebiasaan sejak pandemik Covid-19, harus diteruskan.



Mengumumkan rancangan bagi siri perbincangan itu semalam, Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Cik Indranee Rajah, berkata tahun lalu dianggap mencabar bagi pasangan muda, dengan beberapa rancangan perkahwinan terpaksa ditangguhkan sementara ada yang menunda untuk mendapatkan anak.



Kata beliau, pemerintah ingin mendengar daripada keluarga muda mengenai harapan dan keperluan mereka pascapandemik.



Cik Indranee, yang menyelia Divisyen Kependudukan dan Bakat Nasional, berkata tujuan utama siri itu adalah untuk memastikan sokongan yang lebih baik dan menggalakkan keibubapaan.



Satu perkara yang diharap dapat dirungkai menerusi perbincangan itu ialah pendapat ibu bapa yang bekerja dari rumah gara-gara pandemik Covid-19 - yang sebahagiannya melihatnya sebagai sesuatu yang baik dan fleksibel, sedangkan ada juga yang merasakan ia menambah stres.



"Sebelum Covid, banyak majikan dan juga pekerja, merasa bekerja dari rumah sukar dilakukan," katanya.



"Tetapi... banyak syarikat telah menyesuaikan diri, banyak orang juga telah menyesuaikan diri dan apa yang sebelumnya dianggap tidak mungkin telah terjadi.



"Apa yang sangat jelas adalah ia dapat dilakukan. Walaupun kita mendapat vaksinasi dan menjalani norma baru, saya tidak fikir (bekerja dari rumah) akan terus ditiadakan."



Beliau membayangkan bahawa aturan kerja yang fleksibel boleh menjadi sebahagian daripada cara Singapura menyokong keluarga muda.



Beliau berharap dapat mempelajari lebih lanjut tentang keprihatinan dan aspirasi keluarga muda melalui perbincangan tersebut, sehingga pemerintah dapat melihat apa dasar yang perlu disesuaikan atau inisiatif yang diperlukan.



"Jika mahu melihat keluarga berkembang, anda hanya boleh melakukannya jika mereka mempunyai sokongan yang tepat dan jika kita tahu apa sokongan yang diperlukan," katanya di sidang media maya yang diadakan selepas lawatan ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak KKH.



Cik Indranee berkata beliau berharap agar dapat mendengar dari spektrum luas, daripada keluarga ibu bapa tunggal sehingga keluarga yang harus menjaga anak-anak dan juga ibu bapa yang sudah tua.



Beliau juga mahu meliputi keluarga daripada latar belakang seluas mungkin. Perbincangan ini dijangka bermula selepas suku pertama tahun ini dan kemungkinan dibuat secara maya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >