Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Indranee: Usaha lebih sepadu akan dilaksana bagi atasi ketaksamaan

Belanjawan akan fokus pada penjagaan kesihatan, sokongan sosial, transformasi ekon dan kemampanan
Feb 07, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan bekerjasama lebih rapat lagi dengan sektor privet, agensi perkhidmatan sosial dan masyarakat secara amnya untuk merapatkan jurang bagi membantu golongan yang memerlukan bantuan, sekali gus menangani ketaksamaan sosial.



Meskipun banyak usaha yang telah dijalankan, ia akan tetap merupakan "proses yang masih diteruskan", kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Cik Indranee Rajah, ketika ditemui semalam.



"Sebagai satu masyarakat dan sebuah negara, kita mesti bersatu hati dan bekerjasama.



"Tidak dinafikan, ada beberapa jurang, tapi ia adalah proses yang masih diteruskan dan kita mesti berusaha merapatkan jurang-jurang itu dan kita mahu lakukannya sebagai satu negara," ujar beliau.



Cik Indranee berkata demikian setelah melawat Kin@11 di York Hill semalam untuk mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif Community Link (ComLink), termasuk program ReadAble yang dijalankan di sana bagi kanak-kanak yang tinggal di daerah Jalan Kukoh.



Program tersebut, yang dijalankan secara sukarela, bertujuan meningkatkan kemahiran membaca dan mengira kanak-kanak di situ.



Cik Indranee, yang juga Menteri Kedua Kewangan dan Pembangunan Negara, turut menyertai dialog tertutup dengan beberapa rakan kerja ComLink dan sempat berinteraksi dengan kanak-kanak penerima bantuan di sana.



Beliau berkata ComLink telah memainkan peranan penting dalam usaha pemerintah mengatasi ketaksamaan.



"ComLink sebenarnya merupakan bahagian strategik penting dalam perlawanan kami menentang ketaksamaan.



"Terdapat banyak rakan kerja berbeza, apa yang kita mahu pastikan ialah tidak ada khidmat sama yang bertindih yang kemudian menyebabkan beberapa golongan tertinggal.



"Oleh itu, kekuatan ComLink ialah ia dapat menyatukan semua rakan kerja dan perkhidmatan berbeza, menyelaraskan semua dan menyokong penduduk," ujar beliau.



Dilancarkan pada 2019, ComLink bertujuan menyediakan lebih banyak sokongan bagi keluarga dengan anak-anak yang tinggal di perumahan sewa.



Buat masa ini, terdapat empat tapak ComLink di Jalan Kukoh, Marsiling, Kembangan-Chai Chee dan Boon Lay.



Di setiap tapak tersebut, Pejabat Perkhidmatan Sosial mengetuai kumpulan kerja pelaksanaan ComLink yang terdiri daripada agensi pemerintah dan rakan masyarakat untuk mengawasi usaha-usaha yang dilaksanakan.



Bercakap dengan media semasa lawatannya semalam, Cik Indranee turut memberi gambaran tentang apa yang boleh dijangkakan dalam Belanjawan akan datang.



Menurutnya, Belanjawan akan datang bakal memberi tumpuan kepada isu-isu penjagaan kesihatan termasuk usaha vaksinasi negara, sokongan sosial bagi golongan memerlukan serta transformasi ekonomi dan kemampanan.



"Degan pelancaran vaksinasi, penjagaan kesihatan dan keselamatan, akan menjadi bahagian penting (dalam Belanjawan).



"Tapi kita juga perlu lihat aspek sosial, jadi bangkit semula dengan lebih teguh sebagai satu masyarakat akan menjadi satu tema penting," ujarnya.



Namun, ini memerlukan wang yang banyak, oleh itu, pemerintah akan memastikan ekonomi negara maju agar lebih banyak pekerjaan dapat dihasilkan dan dengan itu, peluang pertumbuhan baru.



Oleh yang demikian, fokus kedua ialah untuk bangkit semula lebih kukuh sebagai satu ekonomi, jelas Cik Indranee.



Yang terakhir, katanya, bahagian penting Belanjawan adalah berkaitan kemampanan.



"Kami sedang melihat bagaimana kita dapat menjadikan kemampanan bukan sahaja sebahagian kehidupan harian kita, malah bagaimana ia boleh menjadi kawasan pertumbuhan yang dapat membawa kita ke hadapan," ulas beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >