Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Industri aeroangkasa S'pura tawar 1,000 pekerjaan dalam dua tahun mendatang: Tan See Leng

Oct 11, 2021 | 05:06 PM



SYARIKAT aeroangkasa di Singapura sedang mencari individu bagi mengisi sekitar 1,000 jawatan dalam tempoh dua tahun mendatang, kata Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng, pada Isnin (11 Oktober).



Tugasan ini adalah bagi bidang kerja seperti khidmat digital dan teknologi berautonomi termasuk penganalisa data, jurutera robotik dan automasi serta teknisyen pesawat.



Dr Tan menjelaskan halangan perjalanan dan sekatan sempadan serata dunia telah mengemukakan rancangan dan secara banyak dan mendadak mengurangkan permintaan bagi kembara udara komersial sewaktu pandemik Covid-19. Industri aeroangkasa yang secara ketara menyokong penerbangan komersial khususnya teruk terjejas, ujarnya.



Bagaimanapun, Singapura kekal sebagai pangkalan kegiatan aeroangkasa yang kuat serta syarikat yang meneroka saluran baru pertumbuhan, jelasnya di acara pelancaran Hari Aeroangkasa ketiga - paparan industri anjuran Jurong Town Corporation (JTC) dan rakan kerjasamanya.



"Sedang kita bangkit daripada pandemik ini, industri penerbangan akan bangkit semula. Masa depan jangka panjang bagi sektor aeroangkasa adalah positif," tambah Dr Tan.



Menurutnya, syarikat aeroangkasa di Singapura sedang mencari bakat yang ingin merebut peluang dalam cabang kerja yang tertera.



Antara contoh termasuk syarikat aeroangkasa raksasa Amerika, Pratt and Whitney, yang sedang mencari 250 pekerja bagi operasi penyenggaraan, pembaikian dan baik pulih (MRO) di Singapura.



GE Aviation sedang mencari individu bagi mengisi 200 jawatan tahun ini sementara syarikat tempatan Singapore Aero Engine Services mempunyai 170 tempat kosong bagi operasi MRO-nya yang berkembang - 100 jawatan bagi teknisyen dan 70 bagi pelatih baru.



Dr Tan juga telah mengenal pasti tiga cabang pertumbuhan jangka panjang - khidmat digital, sistem penerbangan autonomi dan pendorongan pesawat mampan, yang sudah pun diusahakan syarikat aeroangkasa di Singapura.



Syarikat aeroangkasa seperti Airbus sedang membangun khidmat digital seperti analitik data raya bagi mengawasi kesihatan pesawat, meramalkan jadual penyenggaraan, memanfaatkan sepenuhnya pengambilan bahan bakar dan mengurangkan penundaan pesawat di lapangan.



"Ini akan membantu pesawat dan penumpang menjimatkan waktu dan kos," katanya.



Sementara itu, syarikat pemula setempat, H3 Dynamics, bekerjasama dengan konglomerat Perancis, Thales, bagi menguji sistem pengawasan dron autonomi di dalam sekitaran bandar Singapura.



Bagi pendorongan mampan, Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan Rolls-Royce sedang bekerjasama bagi teknologi pengelektrikan bagi membolehkan operasi pesawat elektrik hibrid, jelasnya.



Hari Aeroangkasa yang diadakan secara maya buat kali pertama tahun ini, dianjurkan JTC bersama syarikat aeroangkasa, institut pendidikan tinggi, Persatuan Industri Aeroangkasa (Singapura) dan Institut Pekerjaan dan Kebolehgajian.



Acara ini adalah wadah bagi syarikat aeroangkasa menggajikan pekerja berkemahiran.



Dalam satu kenyataan pada Isnin, JTC berkata acara ini menarik 1.800 pelajar dan individu yang mencari pekerjaan.



Jelajah eksklusif ke syarikat aeroangkasa di Taman Aeroangkasa Seletar akan diadakan pada hujung tahun ini bagi pelajar untuk membolehkan mereka meninjau kerja belakang tabir dan sekitaran kerja sektor aeroangkasa ini. Keterangan mengenai sesi jelajah tersebut akan diumumkan kelak.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >