Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Industri keselamatan dipastikan bertaraf profesional, ada standard tinggi

Nov 09, 2019 | 05:30 AM



PELBAGAI usaha telah dilakukan untuk menjadikan industri keselamatan bertaraf profesional agar pegawai keselamatan privet dapat dilatih dengan baik dan dapat menjalankan peranan mereka dengan cekap.



Memberi contoh usaha tersebut, Penolong Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Zainal Sapari, berkata sukatan pelajaran latihan bagi pelbagai kursus untuk pegawai keselamatan telah diatur dengan sumbangan maklumat daripada Pasukan Polis Singapura (SPF).



Ini demi memastikan terdapat standard yang rapi dan tinggi.



Malah, pegawai keselamatan juga mesti mendapatkan lesen profesional peribadi sebelum mereka boleh bekerja sebagai pegawai keselamatan.



"Kemahiran dan kecekapan yang diperlukan pegawai keselamatan privet disemak dengan kerap demi memastikan kemahiran mereka terus kekal relevan mengikut landskap keselamatan yang berubah," kata beliau.



Berhubung kes seorang penduduk kondominium Eight Riversuites memaki pegawai keselamatan baru-baru ini, Encik Zainal berkata secara umumnya, orang ramai menghormati pegawai keselamatan dan bekerjasama dengan mereka.



Namun oleh sebab tugas pegawai keselamatan itu memerlukan mereka berdepan dengan orang awam dan melibatkan kerja penguatkuasaan, ini mendedahkan mereka kepada kejadian diganggu atau dianiaya apabila orang awam tidak suka dengan peraturan yang dikuatkuasakan sebagai sebahagian tugas mereka.



"Bagi kejadian sedemikian, saya ingin memohon kepada pihak berkuasa agar mengambil tindakan tegas terhadap pesalah yang betul-betul menganiaya pegawai kami," kata beliau.



Encik Zainal berkata pegawai keselamatan privet boleh diberi senjata bergantung pada tempat pekerjaan mereka.



Tetapi bagi tempat seperti kondominium, pusat beli-belah dan pejabat di mana tahap ancaman adalah rendah, adalah tidak perlu melengkapi pegawai dengan senjata, katanya.



Namun ada juga agensi keselamatan yang melengkapi pegawai mereka dengan kamera yang dipakai pada tubuh sebagai alat merakam bukti sekiranya kejadian memerlukan siasatan berlaku.



Presiden Kesatuan Pekerja Keselamatan (Use), Encik Ardi Amir, bagaimanapun menambah bahawa pembeli perkhidmatan seperti ejen pengurusan atau pemilik hartanah, juga mempunyai peranan dalam menyediakan sekitaran bekerja yang selamat buat pegawai.



Beliau berkata pegawai keselamatan perlu melaksanakan peraturan yang ditetapkan pihak pembeli perkhidmatan.



Oleh itu, pihak pembeli perkhidmatan perlu mendapatkan pandangan dan maklum balas apabila melakarkan peraturan dan undang-undang kecil sebelum memaklumkannya kepada semua penyewa dan pengunjung menerusi papan tanda, notis atau surat.



"Pegawai keselamatan bertanggungjawab melaksanakan peraturan, kerana jika tidak, pembeli boleh mengenakan hukuman denda ke atas agensi keselamatan. Hukuman denda ini, yang dirujuk dengan istilah ganti rugi jumlah tertentu, boleh membebankan.



"Jika peraturan tidak dilakarkan dengan baik atau tidak dimaklumkan, pegawai di barisan depan akan berdepan dengan penganiayaan. Ini tidak adil," kata beliau.



Encik Ardi turut menyarankan supaya pembeli perkhidmatan menyemak semula peruntukan keselamatan semasa mereka.



Sekiranya mereka banyak bergantung kepada tenaga manusia dan menggunakan ganti rugi jumlah tertentu secara berlebihan untuk memastikan pematuhan, ini mungkin bermakna keperluan keselamatan mereka tidak difikirkan dengan baik, katanya.



"Cara yang lebih baik adalah untuk melaksanakan penilaian keselamatan yang betul, menggunakan teknologi yang betul (contohnya, di mana sesuatu yang boleh dilakukan mesin tidak harus dilakukan tenaga manusia), dan akhirnya, mengerahkan tenaga manusia yang sesuai bagi tapak pekerjaan," kata beliau.



Encik Ardi menambah bahawa agensi keselamatan juga boleh melindungi pegawai mereka daripada ejen pengurusan yang tidak profesional.



Agensi keselamatan juga sering menjadi mangsa jika ejen pengurusan tidak melaksanakan tanggungjawabnya dengan profesional.



Oleh itu, seluruh rantaian nilai daripada pihak perbadanan pengurusan hak milik strata (MCST) hingga ke pegawai keselamatan perlu bekerjasama agar khidmat keselamatan dapat disediakan secara berkesan.



"Mana-mana pihak yang cuba mendapatkan manfaat lebih ke atas yang lain akan menyebabkan khidmat ini terganggu," kata beliau.




"Bagi kejadian sedemikian, saya ingin memohon kepada pihak berkuasa agar mengambil tindakan tegas terhadap pesalah yang betul-betul menganiaya pegawai kami.''
- Encik Zainal Sapari, mengenai penduduk kondominium Eight Riversuites yang memaki pegawai keselamatan baru-baru ini.



"Jika peraturan tidak dilakarkan dengan baik atau tidak dimaklumkan, pegawai di barisan depan akan berdepan dengan penganiayaan. Ini tidak adil.''
- Presiden Kesatuan Pekerja Keselamatan, Encik Ardi Amir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >