Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Industri keselamatan manfaat teknologi bagi tangani kekurangan tenaga kerja

Jan 27, 2018 | 05:30 AM



MASA depan industri keselamatan penuh cabaran dan dalam masa yang sama menawarkan banyak peluang kepada syarikat yang inovatif dan progresif.



Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri Josephine Teo, berkata industri tersebut mempunyai skop bagi pegawai keselamatan mengembangkan kemahiran dengan lebih berkesan serta membawa banyak ganjaran.



Cik Teo berkata demikian ketika berucap merasmikan bangunan baru kompleks Aetos di Corporation Drive semalam.



Menurutnya pemerintah akan terus menyokong syarikat melabur dalam teknologi yang meningkatkan produktiviti dan mewujudkan pekerjaan yang berkualiti tinggi.



Beliau katanya akan menyentuh tentang inisiatif tersebut apabila pemerintah melancarkan Perancangan Perubahan Industri (ITM) Keselamatan bulan depan.



"Pemerintah, kesatuan, dan rakan industri seperti Aetos mempunyai kepentingan bersama untuk melalui transformasi industri.



"Sedang kami mengucapkan tahniah kepada Aetos atas pembukaan Kompleks Aetos yang baru, kami juga membuka bab baru bagi syarikat ini dan diharapkan menjadi permulaan era yang menarik untuk sektor keselamatan swasta di Singapura,'' kata Cik Teo.



Cik Teo berkata Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) telah bekerjsama dengan Aetos dan lain-lain rakan kerja dalam melakukan transformasi dalam industri keselamatan.



Beliau turut menarik perhatian bagaimana Aetos menggunakan sistem Komand Pusat yang menggunakan sensor, kamera litar tertutup (CCTV) dan analisis video dalam melakukan pengawasan keselamatan dan pengesanan kebakaran. Sistem Pengesan Kebakaran Pintar (IFDS) merupakan salah satu penyelesaian berteknologi yang ditukil Cik Teo.



Cik Teo berkata sistem itu adalah contoh bagaimana industri keselamatan perlu memanfaatkan teknologi bagi meningkatkan produktiviti dan menangani masalah tenaga manusia.



"Pengunaan teknologi yang sesuai bagi menjalankan tugasan rutin, intensif buruh, membolehkan pegawai keselamatan memberi tumpuan kepada tugas yang lebih rumit atau memerlukan penghakiman manusia seperti tindak balas kejadian,'' ujarnya.



Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aetos James Tan, berkata kemudahan yang dipertingkatkan di kompleks baru itu akan membantu menangani masalah tenaga kerja. Pada masa ini, Aetos menghadapi kekurangan tenaga kerja sebanyak 10 peratus.



"Kami berharap dapat memanfaatkan teknologi ini bagi membantu mengurangkan penggunaan tenaga manusia sambil menyediakan perkhidmatan kami," kata Encik Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >