Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Industri semikonduktor dijangka gajikan lagi 1,700 pekerja dalam lima tahun

Oct 27, 2021 | 05:30 AM



BILANGAN pekerja dalam industri semikonduktor dijangka meningkat sebanyak 1,700 orang dalam lima tahun mendatang, bagi memastikan ia dapat menyokong keperluan industri itu.



Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, berkata demikian di majlis pembetonan loji perkilangan wafer 300 milimeter (mm), yang menelan belanja $3 bilion milik syarikat Jerman Siltronic, di Taman Fab Wafer Tampines JTC, semalam.



Pelaburan itu adalah yang terbesar dalam sejarah syarikat tersebut dan ia akan menjana 600 pekerjaan.



Singapura menetapkan matlamat menjadi sebuah hab perniagaan sejagat, inovasi dan bakat dalam perkilangan lanjut.



"Industri elektronik di Singapura sudah pun menjadi sektor kecil perkilangan yang terbesar hari ini, menyumbang hampir 7 peratus kepada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP). Pelaburan besar ini akan membawa kita lebih dekat kepada matlamat itu.



"Ini bermakna lebih banyak peluang pekerjaan seperti jurutera, pengurus dan penyelidik bagi warga Singapura,'' kata Encik Gan.



Beliau menambah bahawa negara ini akan memberikan komitmen untuk memastikan terdapat bakat mencukupi bagi memenuhi keperluan sektor itu pada tahun-tahun mendatang.



Mengulas mengenai pelaburan $3 bilion Siltronic, Encik Gan berkata syarikat itu merupakan rakan kongsi industri penting bagi Singapura dan telah membuat banyak pelaburan di negara ini sebelum ini.



Ia akan menggunakan automasi tinggi dalam logi terbaru bagi membolehkan pekerja meningkatkan kemahiran mereka bagi melakukan tugas nilai tambah lebih tinggi.



Usaha sama syarikat itu dengan rangkaian pembekal, kontraktor dan penyedia khidmat di sini akan juga menjana lebih banyak peluang perniagaan dan pelaburan di Singapura, ujar Encik Gan.



Dengan pelaburan itu, Singapura akan menjadi salah sebuah pembekal terbesar wafer silikon substrat di peringkat sejagat bagi memenuhi permintaan produk semikonduktor.



Ia akan menjadi satu-satunya pengeluar wafer silikon di Singapura, mencerminkan kepentingan penting yang dimainkan syarikat itu dalam industri semikonduktor.



Wafer itu akan digunakan oleh syarikat seperti Intel dan Samsung dalam produk mereka. Ia juga akan juga digunakan bagi menjana kuasa pusat data yang merupakan 'tulang belakang' ekonomi digital yang semakin berkembang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >