Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inflasi dorong kurang belanja tapi kesan peribadi dan ekonomi terhad

Jul 12, 2022 | 05:30 AM



INFLASI mungkin mendorong isi rumah Singapura untuk mengurangkan perbelanjaan mereka, namun kesan keseluruhan terhadap perbelanjaan peribadi dan ekonomi kemungkinan terhad, kata para penganalisis.



Beberapa penganalisis berkata mereka berhati-hati mengenai prospek runcit dalam beberapa bulan mendatang sedang lonjakan inflasi dan kadar gadai janji yang meningkat kemungkinan akan menyebabkan pengguna mengurangkan perbelanjaan.



Naib Presiden Eksekutif merangkap Ketua Kajian Forex Pasaran Global Maybank Group, Encik Saktiandi Supaat, berkata isi rumah Singapura akan mengurangkan perbelanjaan mereka sekiranya ia membentuk sebahagian besar penggunaan rumah mereka.



Satu keprihatinan utama adalah jika kebimbangan mengenai kenaikan inflasi yang berterusan akan disertai kemelesetan atau kelembapan pertumbuhan serta gaji yang tidak tumbuh atau kehilangan gaji.



"Itu mungkin membawa kepada pengurangan lebih ketara dalam perbelanjaan jika keprihatinan tersebut meningkat," kata beliau.



Namun, Encik Saktiandi berpendapat bahawa kesan inflasi ke atas jualan runcit dan ekonomi mungkin terhad dengan adanya bantuan yang disediakan pemerintah dan pembukaan semula ekonomi serta pertumbuhan positif sekarang.



"Pengurangan dalam perbelanjaan mungkin berlaku secara berfasa. Perbelanjaan bagi barangan mewah atau tidak penting mungkin terjejas dahulu oleh golongan berpendapatan pertengahan dan berpendapatan pertengahan atasan dan bawahan.



"Ini akan diikuti dengan pengurangan dalam barangan penting yang berharga lebih tinggi, dengan mereka mencari sumber alternatif pada harga lebih rendah.



"Oleh itu, mungkin terdapat kesan penggantian terhadap sesetengah produk," kata beliau.



Satu tinjauan DBS pada Mei lalu menunjukkan sekitar 64 peratus responden akan menyesuaikan tabiat perbelanjaan mereka dalam enam bulan mendatang di tengah-tengah inflasi.



Sekitar 74 peratus responden pula mengumumkan rancangan untuk "lebih berjimat, kurang berbelanja" dan "mencari alternatif lebih murah".



Berhubung keperluan utama pengguna, pasukan DBS dalam laporannya berkata syarikat barang runcit boleh menikmati peluang kedua (second wind in their sails) "dengan persekitaran inflasi meningkat ini, kerana tinjauan kami mengukuhkan pandangan kami bahawa penggunaan kekal berdaya tahan".



Bagi barangan mahal, pengarah urusan syarikat penganjur acara Conference & Exhibition Management Services, Encik Edward Liu, dalam satu laporan The Business Times berkata acara Expo Barang Kemas Antarabangsa Singapura pada pertengahan bulan ini menjangkakan "jumlah pengunjung dan jualan yang kukuh".



Beliau menambah pengguna kemungkinan "akan membawa ke hadapan pembelian mereka" sebelum kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dirancang pada tahun depan dan 2024.



Namun, pakar ekonomi Maybank, Cik Lee Ju Ye, berkata pasukannya kekal berhati-hati mengenai prospek runcit dalam beberapa bulan mendatang, "kerana kenaikan inflasi dan kadar gadai janji yang meningkat kemungkinan akan mengakibatkan pengguna mengurangkan perbelanjaan".



"Khususnya, penjualan barangan yang tidak diperlukan, seperti jam dan barang kemas serta barang riadah mungkin paling terjejas," kata beliau.



Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Encik Alvin Tan, di Parlimen baru-baru ini berkata sejauh ini, inflasi lebih tinggi dalam beberapa bulan lalu "tidak menyebabkan sebarang pengurangan ketara, sekurang-kurangnya dalam penggunaan isi rumah".



Beliau menambah bahawa indeks jualan perbelanjaan peribadi, runcit dan makanan dan minuman (F&B) juga "menunjukkan perbelanjaan penggunaan yang teguh", sambil menukil peningkatan dalam perbelanjaan untuk F&B dan juga kasut dan pakaian.



Jualan runcit telah meningkat pada kedua-dua asas nominal dan sebenar dalam beberapa bulan lalu. Indeks jualan runcit meningkat 17.8 peratus pada Mei lalu berbanding setahun lalu pada harga semasa, dan 14 peratus pada harga malar (constant prices) - kadar pertumbuhan disesuaikan mengikut inflasi terpantas dalam hampir setahun.



Ketua penyelidikan CBRE untuk Asia Tenggara, Cik Tricia Song, berkata "penggunaan boleh kekal kukuh buat masa ini", berdasarkan pengalaman.



"Sekiranya berlaku kemelesetan ekonomi, peruncitan keperluan akan menjadi lebih defensif daripada peruncitan yang tidak diperlukan, dan pusat beli-belah di kawasan kejiranan kemungkinan akan mencatatkan prestasi lebih baik berbanding pusat beli-belah Orchard.



"Namun, ini bukan kes asas kami sekarang, disebabkan pulangan pelancong yang akan datang dan permintaan yang terpendam," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >