Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inflasi: Golongan pendapatan terbawah hadapi kenaikan terendah

Jan 25, 2023 | 07:15 PM



GOLONGAN pendapatan terbawah di Singapura menyaksikan kenaikan terendah dalam harga pengguna tahun lalu berbanding kumpulan pendapatan pertengahan dan teratas, menurut data Jabatan Statistik (SingStat) yang dikeluarkan pada Rabu (25 Jan).


Indeks Harga Pengguna (CPI) semua barangan – yang mengukur purata perubahan harga bagi sekumpulan barangan dan perkhidmatan yang biasa dibeli isi rumah – bagi kumpulan pendapatan isi rumah 20 peratus terbawah naik 5 peratus tahun lalu.


Ini berbanding 5.8 peratus bagi kumpulan pendapatan pertengahan dan 6.8 peratus bagi kumpulan berpendapatan 20 peratus teratas.


Secara umumnya, harga pengguna bagi semua isi rumah di Singapura meningkat 6.1 peratus tahun lalu, lebih tinggi berbanding kenaikan 2.3 peratus pada 2021.


Peningkatan bagi ketiga-tiga kumpulan itu sebahagian besarnya disebabkan kenaikan kos kereta, makanan, penginapan, petrol, elektrik, perbelanjaan percutian dan perkhidmatan pengangkutan.


Sebaliknya, penyumbang negatif terbesar ialah perkhidmatan telekomunikasi.


Perangkaan bagi separuh kedua tahun lalu dari Julai hingga Disember menunjukkan CPI semua barangan bagi semua isi rumah secara umum meningkat 7 peratus dari setahun yang lalu – lebih tinggi berbanding kenaikan 5.2 peratus pada separuh pertama 2022.


Kumpulan pendapatan isi rumah 20 peratus teratas menyaksikan peningkatan terbesar sebanyak 7.5 peratus dalam separuh kedua 2022 dari setahun yang lalu.


Kumpulan pendapatan 20 peratus terbawah mengalami kenaikan 5.9 peratus manakala kumpulan pendapatan pertengahan pula melihat kenaikan 6.8 peratus.


Penyumbang utama kepada kadar inflasi bagi ketiga-tiga kumpulan pendapatan dalam separuh kedua tahun lalu termasuk kereta, makanan, penginapan, elektrik dan petrol.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >