Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inflasi S'pura naik kepada 4% bulan lalu, dorong semakan ramalan inflasi tahun ini: MAS, MTI

Jan 25, 2022 | 05:30 AM



INFLASI di Singapura meningkat kepada 4 peratus bulan lalu, mendorong pemerintah untuk menyemak ramalan Indeks Harga Pengguna (CPI) tahun ini, menurut kenyataan bersama Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS).



Ramalan itu mengatasi paras 3.8 peratus pada November dan ramalan pakar ekonomi sebanyak 3.7 peratus.



Kadar itu juga mengatasi inflasi teras, yang tidak mengambil kira kos pengangkutan darat dan penginapan, juga naik kepada 2.1 peratus dari 1.6 peratus pada November lalu.



"Terdapat ketidaktentuan besar meliputi prospek inflasi dalam jangka pendek termasuk kos tambang udara dan harga komoditi seperti minyak dan makanan.



"Oleh kerana inflasi lebih tinggi dari dijangkakan, termasuk kenaikan mendadak dalam tambang pesawat udara, MAS dan MTI akan menyemak ramalan CPI bagi semua produk dan inflasi teras pada 2022," ujar kenyataan bersama itu.



Kali terakhir inflasi keseluruhan mencapai 4 peratus adalah pada Februari 2013.



MAS dan MTI berkata inflasi itu meningkat, mencerminkan kenaikan inflasi teras dan inflasi penginapan.



Inflasi teras meningkat disebabkan kenaikan inflasi perkhidmatan yang dipengaruhi kenaikan kos pelancongan Laluan Perjalanan bagi yang Sudah Menjalani Vaksinasi (VTL).



Inflasi perkhidmatan meningkat mencapai 2.6 peratus bulan lalu, dari 1.9 peratus pada November.



Selain itu, kos perkhidmatan pengangkutan dari satu destinasi ke satu destinasi dan yuran lain termasuk kos tuisyen juga naik.



Dengan perangkaan bulan lalu, inflasi keseluruhan dan inflasi teras masing-masing mencapai 0.9 peratus dan 2.3 peratus, naik dari -0.2 peratus pada 2020 dan sejajar dengan ramalan MAS dan MTI.



Inflasi penginapan naik kepada 3 peratus, dari 2.7 peratus pada November setelah kos sewa perubahan meningkat lebih pantas.



Inflasi makanan juga meningkat mencapai 2.1 peratus, dari 1.9 peratus setelah harga bahan makanan mentah naik. Tetapi, harga makanan yang sudah dimasak tidak berubah.



"Dengan keadaan Covid-19 dalam negeri stabil, permintaan pengguna akan terus kukuh, dengan kemungkinan kos perniagaan akan dialihkan kepada harga pengguna," ujar kenyataan bersama itu, yang menambah bahawa gaji telah meningkat.



Ketua Pakar Ekonomi OCBC, Cik Selena Ling berkata kenaikan inflasi itu akan meningkatkan jangkaan bagi MAS mengetatkan dasar kewangan pada April ini atau langkah itu akan dipercepatkan memandangkan mereka akan menyemak ramalan inflasi tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >