Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Inflasi susut 0.2% tahun lalu

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Inflasi susut 0.2% tahun lalu

Jan 26, 2021 | 05:30 AM

SEMUA isi rumah menikmati harga elektrik, petrol, perkhidmatan pesakit luar dan pakaian serta kasut yang lebih murah tahun lalu, berbanding harga makanan, bas dan kereta api yang lebih tinggi.

Kadar inflasi keseluruhan jatuh sebanyak 0.2 peratus tahun lalu, berbanding 2019 yang meningkat 0.6 peratus.

Demikian menurut data yang dikeluarkan semalam oleh Jabatan Statistik (Singstat).

Kadar inflasi terhadap kumpulan pendapatan keluarga merosot sebanyak 0.1 peratus untuk kedua-dua kumpulan pendapatan isi rumah terendah 20 peratus dan 60 peratus pertengahan.

Bagi kumpulan pendapatan 20 peratus teratas pula, ia jatuh sekitar 0.2 peratus.

Sekiranya sewa yang dikenakan untuk rumah yang didiami pemilik dikecualikan, kadar inflasi turun sebanyak 0.3 bagi setiap kumpulan pendapatan.

Bagaimanapun, Singstat menyatakan bahawa walaupun perubahan harga pengguna pada umumnya sama bagi ketiga-tiga kumpulan tersebut, mereka mempengaruhi setiap kumpulan pekerja dalam pelbagai tahap.

Sebagai contoh, kos elektrik dan perkhidmatan pesakit luar yang merosot mempunyai kesan yang lebih besar pada indeks harga pengguna (CPI) kumpulan pendapatan 20 peratus terendah.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3