Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

berita

Inflasi teras kekal tinggi 5% pada April

May 23, 2023 | 05:08 PM



INFLASI teras kekal tidak berubah pada April dek kos percutian dan tambang penerbangan lebih mahal selepas ia reda pada Mac.

Harga pengguna teras – yang tidak termasuk kos pengangkutan dan penginapan peribadi sekali gus mencerminkan perbelanjaan isi rumah Singapura dengan lebih tepat – meningkat 5 peratus pada April, tidak berubah dari Mac.

Ia lebih tinggi berbanding ramalan 4.7 peratus dalam tinjauan pakar ekonomi.

Namun kadar ini masih lebih rendah daripada 5.5 peratus yang dicatatkan pada Februari, iaitu yang tertinggi sejak November 2008, menurut laporan The Straits Times.


Kenaikan kadar inflasi teras pada April adalah kerana peningkatan harga yang lebih rendah bagi elektrik dan gas, makanan, runcit dan barangan lain diimbangi oleh kadar inflasi lebih tinggi untuk perkhidmatan berkaitan pelancongan.

Indeks harga pengguna utama (CPI), atau kadar inflasi keseluruhan, meningkat kepada 5.7 peratus pada April didorong kadar inflasi lebih tinggi untuk perkhidmatan dan pengangkutan swasta, selepas menguncup kepada 5.5 peratus pada Mac.

Ini lebih tinggi daripada ramalan pakar ekonomi, 5.5 peratus.

Ramalan rasmi tahun ini kekal tidak berubah iaitu antara 5.5 peratus dengan 6.5 peratus bagi inflasi utama dan antara 3.5 peratus dengan 4.5 peratus untuk inflasi teras.

Ramalan ini mengambil kira kenaikan cukai barangan dan perkhidmatan daripada 7 peratus kepada 8 peratus mulai 1 Januari.

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Selasa berkata masih ada risiko termasuk kejutan baru bagi harga komoditi global dan pasaran pekerja domestik yang lebih ketat daripada jangkaan.

MAS dan MTI menambah terdapat juga risiko yang merugikan seperti kemerosotan lebih mendadak dalam ekonomi maju, yang boleh mendorong pengurangan tekanan inflasi secara umum.

Inflasi elektrik dan gas mencatatkan penurunan paling ketara pada April, meningkat sebanyak 2.7 peratus, jauh lebih rendah daripada 12.2 peratus pada Mac.

Ini disebabkan oleh kenaikan lebih kecil bagi kos elektrik dan tarif gas.

Inflasi makanan turun kepada 7.1 peratus pada April berikutan kenaikan harga lebih perlahan bagi makanan mentah dan makanan dimasak, manakala inflasi bagi barangan runcit dan lain mengecut kepada 2.9 peratus sedang harga meningkat lebih perlahan.

Sementara itu, kos pengangkutan swasta meningkat paling tinggi, melonjak 10.4 peratus pada April berbanding 8.6 peratus pada Mac, setelah harga kereta meningkat dengan lebih mendadak.

Kos perkhidmatan turut menunjukkan trend yang meningkat, kepada 4.3 peratus pada April berikutan kenaikan tambang penerbangan dan kadar peningkatan lebih pantas dalam perbelanjaan percutian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >