Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Inflasi teras naik 5.3% pada Sep, tertinggi dalam 14 tahun

Oct 25, 2022 | 07:30 PM



HARGA barangan dan khidmat pengguna di Singapura terus meningkat dan mencapai paras tertinggi dalam 14 tahun pada bulan lalu (Sept), berlatar harga makanan, perkhidmatan dan barangan lain.


Inflasi teras – yang tidak termasuk kos pengangkutan privet dan penginapan – dan dianggap menunjukkan perbelanjaan isi rumah di Singapura secara lebih tepat, telah meningkat ke paras 5.3 peratus berbanding bulan sama tahun lalu.


Ini lebih tinggi berbanding kadar inflasi teras 5.1 peratus pada Ogos, dan adalah paras tertinggi dicapai sejak ia menyentuh 5.5 peratus pada November 2008.


Inflasi keseluruhan, yang juga digelar indeks harga pengguna (CPI), bagi September adalah 7.5 peratus, kata Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Selasa (25 Okt).


Paras inflasi keseluruhan ini tidak berubah berbanding Ogos dan sama dengan paras tertinggi dalam 14 tahun yang dicatat pada Jun 2008.


Kadar inflasi telah meningkat berlatar keadaan geopolitik yang tidak menentu, harga komoditi sedunia yang lebih tinggi dan rantaian bekalan yang terganggu. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >